Antara item emas Public Gold yang popular adalah gold bar 10 gram BungaMas Public Gold. Ianya bukan sahaja bersaiz kecil tetapi juga mempunyai corak rekaan yang unik dan cantik.
Terkini, Public Gold telah keluarkan gold bar 10 gram BungaMas ini dalam packaging baharu. Emas yang sama, berat yang sama tetapi ianya kini berwajah baharu datang dalam bentuk kad.
Jika sebelum ini, gold bar 10 gram BungaMas ini datang dalam bentuk ‘loose item’ di mana anda boleh pegang dan rasa seketul emas di atas tapak tangan. Tetapi kini ianya telah dipakejkan dengan kemas dalam bentuk kad sama seperti keluaran 1 dinar Public Gold edisi baharu.
Kenapa Public Gold keluarkan gold bar dalam bentuk kad?
Kalau anda perasan, satu demi satu emas keluaran Public Gold telah ditambahbaik dan didatangkan dalam bentuk kad. Bermula dengan syiling emas 1/2 dinar, 1 dinar, 5 gram gold bar BungaMas dan yang terkini adalah gold bar 10 gram BungaMas.
Ianya bagi memastikan kualiti emas Public Gold dijaga dan nampak lebih kemas dan mudah disimpan. Ianya juga selaras dengan kualiti dan piawaian yang ditetapkan oleh LBMA (London Bullion Market Asociation) iaitu sebuah organisasi perdagangan emas antarabangsa.
Pernah tak Public Gold keluarkan gold bar 10 gram berbentuk kad sebelum ini?
Ya, ada! Sebelum pandemik, Public Gold ada keluarkan gold bar 10 gram LBMA seperti gambar di atas. Gold bar tersebut datang dalam bentuk kad dan diseal sempurna lengkap dengan maklumat gold bar seperti berat, ketulenan, saiz dan juga tandatangan assayer yang mengesahkan ketulenan emas tersebut.
Namun begitu, gold bar LBMA ini sudah tidak lagi dikeluarkan oleh Public Gold. So kalau anda ada menyimpan gold bar jenis ini, anda sebenarnya sedang menyimpan gold bar yang rare. Better simpan dan jangan jual kecuali terpaksa.
Macam mana nak beli gold bar ini?
Sebelum anda boleh beli gold bar ini, anda perlu mempunyai akaun Public Gold terlebih dahulu kerana segala pembelian emas akan dibuat melalui akaun anda.
Pendaftaran akaun Public Gold adalah percuma dan anda boleh daftar dengan saya dengan klik pada butang pendaftaran di bawah.
Selepas mendaftar, saya akan WhatsApp dan guide anda cara bagaimana untuk buat belian emas di Public Gold.
Anda juga akan saya invite masuk ke group WhatsApp saya supaya anda tidak termiss sebarang info dan tips tentang emas dan Public Gold.
Boleh tak nak beli gold bar 10 gram BungaMas yang loose item?
Ketika artikel ini ditulis, Public Gold telah pun kemaskini website belian gold bar BungaMas 10 gram ini dalam bentuk kad. Ini bermakna gold bar BungaMas yang anda akan dapat nanti adalah gold bar BungaMas edisi yang baharu. Sudah tidak ada lagi gold bar 10 gram BungaMas edisi ‘loose item’ yang dikeluarkan.
Tetapi, kalau anda pergi ke PG Mall, PG Gold Museum masih menjual gold bar ini dalam bentuk loose item. So kalau anda sedang mencari gold bar ini, cepat-cepat pergi beli di PG Mall sebelum ianya kehabisan stok.
Mana lebih bagus? Gold bar loose item atau bentuk kad?
Kalau tanya saya, tak kisah pun yang mana. Selagi mana ianya emas, berketulenan 999, mempunyai berat 10 gram dan jenama Public Gold, saya ok sahaja. Sebab yang kita nak adalah emas.
Kad atau pun loose item tak berikan apa-apa kecacatan pada emas tersebut. Melainkan kalau anda memang nakkan gold bar BungaMas ini dalam bentuk loose item bagi tujuan seperti hantaran perkahwinan. Kalau itu requirement anda, memang terpaksa la anda cari mana-mana orang yang nak jual gold bar BungaMas loose item ini.
Kebiasaannya mereka ada jual dalam group-group emas di Facebook. Tetapi anda kena beringat dan berhati-hati kerana risiko jual-beli emas di luar platfrom Public Gold adalah atas tanggungan sendiri.
Nak selamat, sentiasa beli emas di website rasmi Public Gold atau rujuk dengan dealer Public Gold anda untuk bantuan.
So, apa pendapat anda tentang gold bar BungaMas edisi baharu ini? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.
PS: Belum ada akaun Public Gold? Daftar segera di sini.