Memang seronok bila dapat beli emas tetapi ini adalah 5 perkara yang perlu anda tahu sebelum buat pembelian emas di mana-mana syarikat yang menjual emas di Malaysia dan luar negara.
Emas Tidak Berikan Dividen
Emas tidak pernah berikan dividen, hibah, bonus atau apa-apa pulangan. Emas tidak seperti aset hartanah yang kita boleh sewakan dan boleh dapat duit setiap bulan. Emas juga bukanlah pelaburan seperti ASB atau Tabung Haji yang kita boleh dapat dividen setiap tahun. Tetapi emas berdiri pada dirinya sendiri. Selama mana ianya emas, ianya berharga.
Beli Emas Mesti Dapat Emas
Pastikan apabila anda beli emas, anda akan dapat emas yang anda beli tu dan bukannya sekeping kertas yang tak mempunyai apa-apa nilai. Ada orang yang menjual emas berbentuk digital atau akaun emas. Pastikan emas yang dikatakan digital atau akaun emas itu bersandarkan pada emas fizikal sepenuhnya. Dan ianya juga boleh dikeluarkan ke bentuk fizikal pada bila-bila masa.
Simpanan Emas Juga Dikenakan Zakat
Bukan barang kemas je yang dikenakan zakat. Emas yang anda beli seperti goldbar, dinar, dan akaun emas juga dikenakan zakat apabila cukup syarat-sayaratnya. Selagi mana simpanan emas anda kurang 85 gram, anda tidak dikenakan zakat. And boleh rujuk dengan Pusat Pengutan Zakat berdekatan dengan anda untuk kiraan zakat yang tepat.
Pastikan Ianya Mudah Dijual Balik
Ada sesetengah jenama emas yang susah untuk dijual balik. Kalau jual balik pun, syarikat yang menjual tu akan ambil dengan harga yang sangat rendah. Ini akan merugikan anda sebagai penyimpan emas. Bayangkan anda beli emas dengan harga RM300 tetapi apabil nak jual balik, kedai ambil dengan harga RM200 segram.
Lagi Berat Emas Lagi Untung
Lagi berat emas yang anda beli, lagi untung dan jimat poket anda. Disebabkan ada kos logistik dan pembuatan maka akan ada caj tambahan (atau caj upah) apabila anda beli emas fizikal. Untuk mudah faham, cuba anda beli botol air mineral 500ml dengan 5 liter. Yang mana satu lebih jimat dari segi harga per liter air? Sudah semestinya botol air yang lebih besar lebih jimatkan? Begitulah juga dengan emas.
Sementara saya menulis untuk artikel yang berikutnya, anda boleh join channel Telegram saya atau follow akaun Twitter.