Cara Jimat Beli Goldbar Public Gold

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Antara design emas keluaran Public Gold

Dikemaskini pada 9 Oktober 2024.

Harga untuk 1 gram goldbar Public Gold adalah RM445. Tetapi dengan cara yang saya kongsikan dalam artikel ini dapat membantu anda untuk dapatkan goldbar Public Gold dengan cara yang paling jimat.

Bagaimana?

Seperti yang kita tahu, harga 1 gram goldbar memang fixed pada harga RM445 untuk setiap keping. Tetapi harga akaun emas GAP Public Gold pula berubah setiap hari dan kita boleh beli minima RM100 atau lebih seperti 1 gram dan ke atas.

Sepanjang saya bersama Public Gold, belum pernah lagi harga akaun emas GAP mencecah ke paras harga RM445 segram. Dan diantara kelebihan akaun emas GAP pula adalah kita boleh keluarkan emas dalam bentuk goldbar atau dinar.

Jadi, kita gunakan kelebihan ini untuk dapatkan goldbar Public Gold dengan cara yang jimat dan murah seperti berikut.

Langkah 1

Beli 1 gram akaun emas GAP. Ketika artikel ini ditulis, harga akaun emas GAP Public Gold adalah RM390 segram.

Caj Premium RM15 untuk goldbar World Cup 2022

Langkah 2

Buat pilihan emas yang kita ingin keluarkan. Sebagai contoh goldbar World Cup 2022. Caj premium yang dikenakan adalah RM15 untuk sekeping goldbar.

Caj premium ini bergantung pada design emas yang dipilih. Ada yang murah RM10 dan ada yang mahal sehingga RM80. Kalau yang mahal tu biasanya design yang mempunyai trademark seperti goldbar design Marvels, Disney dan Boboiboi.

Caj Premium RM80 untuk design yang mempunyai trademark seperti Marvels

Langkah 3

Buat pembayaran caj premium tadi beserta caj penghantaran Gold In Transit sebanyak RM10 dan tunggu emas goldbar Public Gold sampai ke rumah.

Mudah je kan?

So berapakah jumlah kos yang kita kena bayar untuk dapatkan 1 gram goldbar?

RM390 (emas GAP) + RM15 (caj premium) + RM10 (caj penghantaran)
= RM415

Daripada harga RM445 sekeping tadi, kita hanya perlu bayar RM415 sahaja untuk dapatkan gold bar 1 gram Public Gold.

Nak lagi jimat?

Kita boleh gabungkan caj penghantaran dengan buat pengeluaran secara serentak. Contoh, kita nak keluarkan 5 keping goldbar dari akaun emas. Kita boleh keluarkan 5 keping goldbar itu serentak dan hanya perlu bayar sekali sahaja caj penghantaran sebanyak RM10.

Kerana limit untuk penghantaran adalah 21.25 gram emas yang bersamaan dengan berat 5 dinar. Selagi mana jumlah emas yang kita keluarkan itu kurang dari 21.25 gram, kita boleh gabungkan pengeluaran itu dalam satu penghantaran.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau soalan yang ingin saya jawab dalam blog ini, boleh tinggalkan komen atau hantarkan melalui WhatsApp.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment