Nak gadai atau jual semula emas?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Photo by Nik Shuliahin ๐Ÿ’›๐Ÿ’™ on Unsplash

Anda terdesak dan perlukan duit. Simpanan backup yang anda ada sekarang adalah emas sahaja. Tetapi anda tak pasti samada nak gadai atau jual semula emas tersebut. So, macam mana?

Untuk menjawab soalan ini, ianya bergantung kepada faktor kewangan kita. Kalau gadai, adakah kita akan dapat tebus semula emas tersebut dalam tempoh yang ditetapkan?

Biasanya apabila kita gadaikan emas, kita diberi masa tempoh 6 bulan untuk tebus semula emas tersebut. Jika tidak dapat tebus semula dalam tempoh itu, maka emas kita akan dilelong.

Jadi dalam situasi ini, kalau kita rasa kita tidak dapat nak tebus semula emas tersebut, lebih baik kita jual saja emas tu. Memanglah sayang nak jual emas yang kita dah beli, kan? Tapi nak tak nak, kita terpaksa juga jual emas itu dan kumpul semula duit untuk beli emas yang lain pada masa akan datang.

Melainkan kalau kita memang pasti dapat tebus semula emas tu, boleh la kita gadaikan. Cumanya bila gadai ni, kita tak dapat kesemua duit hasil gadaian tu. Kita hanya dapat 70% hingga 90% saja bergantung pada tempat kita gadaikan emas tersebut.

Dekat mana nak gadai?

Selain gadaikan emas dekat Public Gold (sangat digalakkan), kita juga boleh gadaikan emas dekat Ar-Rahnu Pos Malaysia atau mana-mana kedai yang ada buat ar-rahnu (pajak gadai).

Disebabkan emas Public Gold ini dikenali di seluruh Malaysia, maka amat mudah untuk kita pajak emas Public Gold ni. Tetapi bergantung juga, ada sesetengah tempat nak tengok sijil ketulenan emas kita. Kalau ada, ok mereka akan accept dan terima emas kita untuk digadaikan.

Tetapi ada juga kedai yang tak kisah pun dengan sijil ketulenan emas. Tetapi mungkin mereka akan buat ujian ketulenan bagi memastikan emas tersebut adalah emas tulen.

Harga pajak gadai emas 916 hari ini boleh dirujuk di sini. Saya telah gabungkan harga-harga pajak gadai dari tujuh syarikat dan koperasi pajak gadai yang berbeza-beza.

Harga goldbar 10 gram RM2,869 (PG Sell) dan RM2,611 (PG Buy)

Macam mana kalau nak jual?

Nak mudah, jual semula emas itu kepada Public Gold. Selagi mana namanya emas, Public Gold akan beli emas tu walaupun emas tu datang dari jenama lain.

Public Gold akan beli emas mengikut pada harga yang tertera di laman web Public Gold. Rujuk pada bahagian PG Buy. Cumanya, kalau emas itu dari jenama lain, harga yang Public Gold ambil adalah lebih rendah kerana ianya dikira sebagai used item.

Tetapi, kalau kita nak dapat lebih sikit dari harga PG Buy, kita boleh jual emas tersebut kepada orang lain.

Baca: Jual emas terpakai dengan harga yang tinggi di Public Gold

Sebagai contoh kita ada goldbar 10 gram. Kalau ikut pada website Public Gold, harga yang Public Gold beli dari kita adalah RM2,611 (rujuk harga PG Buy bagi 10 gram goldbar). Tetapi kita boleh jual dekat orang lain dalam harga RM2,800 rendah sikit dari harga PG Sell iaitu RM2,869.

So win-win situation. Kita dapat harga lebih sikit dan pembeli pun dapat beli dengan harga yang murah sikit dari Public Gold.

Tetapi kena ingat dan sentiasa berhati-hati apabila berjual beli dengan individu yang tidak dikenali. Supaya kita tak ditipu dan rugi.

Bolehkah jual emas di Ar Rahnu?

Boleh. Takde masalah pun kalau anda nak jual di Ar Rahnu atau mana-mana kedai emas . Tetapi macam yang saya katakan tadi, lebih baik jual semula dekat Public Gold atau dekat mereka-mereka yang nak beli emas anda tu.

Biasanya ada ramai je yang nak beli emas di group-group Facebook. Anda boleh cari group jual beli emas di Facebook dan cuba buat satu posting untuk jual emas anda.

Mesti akan ada yang offer untuk beli emas anda dengan harga yang tinggi sedikit dari harga PG Buy Public Gold.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan tentang jual beli emas Public Gold, boleh maklumkan pada saya.

Semoga artikel kali ini bermanfaat dan dapat menjawab persoalan anda tentang nak gadai atau jual semula emas Public Gold.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

7 thoughts on “Nak gadai atau jual semula emas?”

  1. Saya pernah bawa gold bar world cup series..0.25gram 1 kad ke ar rahnu dorg tak terima alasan bwh 1 gram..so di mana boleh saya pajak?

    Reply
  2. Hi slmat pagi.
    Disebabkan kesempitan wang, sya tlah gadaikan gold pendant sya di kedai emas berhampiran. Skarang sya dibebani dengan pembayaran bunga dan ingat mau jual terus emas saya tapi towkay emas bagi harga telampau rendah dan pulangan amat menyedihkan. Saya mau tebus balik emas saya dan jual di tempat lain tetapi saya hanya mau jual 2/3 emas saya. Macam mana dan di mana saya boleh buat pecahan emas saya?

    Reply
    • Yang ini kena cari orang yang boleh beli emas cik Jovita. Dekat Facebook ada group tempat orang jual/beli emas. Boleh rujuk di sana. Tetapi hati2 dan pastikan cik berurusan dengan orang yang betul kerana jual/beli di sosial media adalah atas tangungan sendiri.

      Reply

Leave a Comment