Fauzi Mohd Darus

Star Master Dealer - Public Gold Malaysia yang membimbing lebih dari 1,000 orang penyimpan emas sejak tahun 2020.

Bersama pengasas Dato' Wira Louis Ng

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Nama saya Fauzi dan saya merupakan Master Dealer Public Gold. Saya mula menyimpan emas sejak tahun 2011 tetapi menjadi dealer Public Gold dalam tahun 2020 ketika kita masih dalam PKP disebabkan COVID-19.

Permulaan saya dalam Public Gold adalah sebagai Priority Dealer selepas membuat pembelian emas sebanyak RM5,000. Dan sejak dari itu, saya mula aktif dan berkongsi tentang kebaikan dalam menyimpan emas di media sosial dan juga di channel Telegram.

Bersama dengan Mahaguru Emas, Tuan Syukor Hashim
Bersama dengan Tuan Hafizul Hakim, pengasas group PGAllStars Public Gold

Selepas 4 bulan jadi Priority Dealer, saya telah berjaya mencapai Personal Sales sebanyak RM300,000 dan mempunyai seramai 300 orang direct customer, dan sekaligus melayakkan saya untuk jadi Master Dealer Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, Master Dealer Public Gold adalah peringkat dealership yang tertinggi di mana ianya tidak boleh dibeli melainkan kena cukup syarat seperti yang saya nyatakan tadi iaitu RM300,000 Personal Sales dan 300 orang direct customer.

Antara anugerah yang saya perolehi dalam Public Gold

Alhamdulillah, kini saya telah mempunyai lebih 1,000 orang customer dan masih aktif membantu dan berkongsikan tips dalam menyimpan emas Public Gold.

Dalam Public Gold, saya ada bersama dengan keluarga PG1M, sebuah group dealership yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim sendiri. Di dalam group ini ada ramai dealer-dealer hebat yang tidak lokek ilmu dan sentiasa kongsikan tips-tips mahal kepada ahli-ahli PG1M.

Keluarga besar group PG1M yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang emas Public Gold, boleh baca artikel Cara Simpan Emas Public Gold dan jika berminat nak tahu tentang dealership Public Gold, boleh baca artikel tentang Cara Jadi Dealer Public Gold.


Pencapaian Dalam Public Gold

Berikut adalah pencapaian saya sepanjang menjadi dealer Public Gold sejak tahun 2020.

24 May 2023

Kelas Telegram Marketing

Kendalikan kelas Telegram Marketing kepada hampir 200 orang dealer Public Gold.

7 Feb 2023

Star Founder Master Dealer

Berjaya capai 1,000 orang customer di bawah group Public Gold.

8 Aug 2022

Founder Master Dealer

Berjaya capai 500 orang direct customer dan personal sales RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

10 Mar 2021

Master Dealer Public Gold

Berjaya capai 300 orang direct customer dan personal sales RM300,000 dalam tempoh 12 bulan.

12 Jan 2021

First 100 Customer

Berjaya capai 100 orang customer yang pertama dalam Public Gold.

29 Oct 2020

Priority Dealer

Segalanya bermula di sini apabila berjaya mendaftar sebagai dealer Public Gold.