Sebelum saya ceritakan tentang kelebihan emas Public Gold, mari saya kongsikan dahulu kenapa kita kena simpan emas sebagai salah satu aset simpanan untuk jangka masa panjang.
Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang. Selain nilainya terjamin, ini antara kelebihan menyimpan emas:
- Tidak terkesan dengan inflasi, ketidakstabilan ekonomi atau politik
- Jumlah simpanan berganda dengan cepat (magnet kekayaan)
- Tabiat menabung adalah sifat manusia
- Duit simpanan tak bocor (kalis boros)
- Diterima seluruh dunia dan mudah dibawa
- Mudah ditukar kepada tunai bila terdesak (pajak / jual)
Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato' Wira Louis Ng, mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia dan 3 cawangan (akan datang 5 cawangan baru) di Indonesia. Public gold menyediakan dan menguruskan aktiviti perdagangan emas yang merangkumi perlombongan dan penapisan emas. Public Gold merupakan syarikat jual beli emas di Malaysia yang berkredibiliti tinggi.
Disahkan Patuh Syariah
Syarikat emas pertama di dunia yang patuh syariah, dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.
Perkhidmatan Public Safe
PG juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan emas dan barang berharga menggunakan sistem bilik kebal terkini dan kemudahan dan perkhidmatan tahap tinggi.
Struktur PG Group
Selain Public Gold, terdapat syarikat lain di bawah PG Group; PG Mall, Aurora Italia, PG Jewel dan POS Exclusive. Rakan Niaga Rasmi KDE, Pos Malaysia and Pos Ar-Rahnu.
Keselamatan terjamin
Satu-satunya syarikat emas terbesar di Malaysia yang mana semua cawangan dijaga oleh Polis Bantuan yang dilantik khas oleh PDRM.