Bilakah masa yang terbaik untuk beli emas?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

100 gram Goldbar Bunga Mas Public Gold

Ini adalah soalan favourite yang kerap ditanya oleh prospek-prospek saya sebelum mereka mulakan simpanan emas dengan Public Gold.

Jika ditanya bilakah masa yang terbaik untuk beli emas, sudah semestinya ketika 10 tahun yang lalu. Sebab pada waktu itu, harga emas masih di bawah paras RM200 segram.

Tetapi disebabkan kita tidak boleh kembali ke masa yang lalu, maka masa yang terbaik untuk beli emas adalah sekarang!

Kenapa sekarang?

Selagi kita tidak mula beli emas, selagi itu kita akan rasa harga emas itu mahal. Tetapi bila kita berjaya beli emas kita yang pertama, kita akan dapat benchmark harga emas dengan compare harga emas semasa dengan harga emas yang pertama kali kita beli tadi.

Ok kita ambil contoh, kita beli emas pertama dengan harga RM275 segram. Itu adalah benchmark harga kita.

Dan pada bulan berikutnya, kita nak topup akaun emas GAP tetapi harga pada waktu itu adalah RM280. So dari situ kita dah dapat tahu yang waktu itu bukanlah masa yang terbaik untuk beli emas..

Sebab apa?

Sebab harga emas yang kita nak beli itu lebih tinggi dari harga emas benchmark kita tadi. Tetapi kalau harga emas ketika itu berharga RM272, kita dah tahu dah yang harga emas itu adalah yang terbaik dan kita boleh beli. Sebab harganya lebih rendah dari harga benchmark kita tadi.

So, jika ditanya bilakah masa yang terbaik untuk beli emas, belilah sekarang. Selagi kita tak beli, selagi itu kita tak tahu bilakah masa yang terbaik untuk kita membeli emas.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment