Terdapat 3 cara mudah untuk beli emas Public Gold iaitu secara bayaran penuh, bayaran bulanan ataupun secara akaun emas GAP Public Gold.
Antara ketiga-tiga cara pembayaran ini, yang mana sesuai untuk anda?
Jom saya kongsikan.
Bayaran Penuh (Outright Purchase)
Bagi anda yang mempunyai modal yang besar sebagai contoh RM1,500 dan ke atas boleh beli emas Public Gold secara bayaran penuh atau juga dikenali sebagai outright purchase.
Bayaran penuh bermaksud anda membeli emas fizikal seperti goldbar dan dinar Public Gold secara tunai dan akan terus dapat emas yang dibeli samada dihantar melalui pos atau boleh ambil di cawangan Public Gold yang terdekat.
Sekiranya jumlah berat emas yang dibeli bersamaan dengan 21.25 gram (atau 5 Dinar) dan ke bawah, emas tersebut akan dihantar terus ke rumah anda dengan caj penghantaran sebanyak RM10 melalui Gold In Transit (GIT). Caj penghantaran ini lengkap dengan insurans di mana jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan pada emas tersebut, Public Gold akan menggantikannya dengan emas yang baharu.
Tetapi jika berat emas tersebut melebihi 21.25 gram, anda boleh ambil emas di cawangan Public Gold yang terdekat. Public Gold mempunyai 18 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Baca artikel: Teknik simpanan emas dengan formula TMB
Bayaran Bulanan (Syariah EPP)
Kaedah yang kedua adalah belian emas Public Gold secara bulanan atau juga dikenali sebagai Syariah Easy Payment Purchase (EPP).
Dengan kaedah EPP ini, anda bersetuju untuk bayar pada Public Gold setiap bulan selama 6 atau 10 bulan mengikut jadual harga yang dipersetujui sehinggalah anda selesai membayarnya. Nak bayar lebih boleh, nak bayar ikut pada jadual bayaran yang ditetapkan pun tak apa.
Sebagai contoh, harga goldbar 10 gram berharga RM3,000. Dan anda boleh bayar ke Public Gold sebanyak RM300 selama 10 bulan secara EPP.
Sepanjang tempoh 10 bulan itu, anda akan bayar dengan harga yang tetap walaupun dalam tempoh tersebut, harga emas turun atau naik. Habis je bayar, barulah anda boleh request untuk hantar emas tu ke rumah atau boleh ambil di cawangan terdekat jika beratnya melebihi 21.25 gram.
Akaun Emas GAP
Kaedah terakhir adalah belian akaun emas GAP Public Gold. Kaedah ini amat popular dan jika anda baru nak mula simpan emas, saya sangat galakkan anda mulakan dengan kaedah ini.
GAP atau Gold Accumulation Program ini boleh dibeli serendah RM100 sahaja. Tetapi saya syorkan untuk anda beli sekurang-kurangnya 1 gram sebagai benchmark harga emas yang pertama.
Apabila anda sudah ada benchmark harga emas pertama, barulah anda akan dapat tahu tentang penurunan/kenaikan harga emas dengan membandingkan harga emas semasa dengan harga benchmark anda tadi.
Konsep yang sama seperti akaun bank. Dalam akaun bank, kita simpan duit. Dalam akaun emas, kita simpan emas. Dan emas yang kita simpan tu boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal pada bila-bila masa.
Masih tak tahu nak pilih yang mana?
Mulakan je dulu dengan akaun emas GAP. Start dulu dengan nilai yang kecil iaitu RM100 kerana minima pembelian akaun emas GAP adalah RM100 je. Kemudian, perlahan-lahan kumpul jadikan 1 gram, 5 gram, 10 gram sampai la cukup target simpanan emas anda.
Tetapi sebelum beli tu, make sure daftar dulu akaun Public Gold dengan saya untuk mudah saya nak bantu dan guide. Kalau anda sudah pernah daftar, boleh terus rujuk dengan introducer ya.