Nak tahu apakah perbezaan antara Public Gold dan Quantum Metal? Antara kedua-dua ini yang mana satu lebih baik? Jom saya kupaskan dalam artikel kali ini.
Public Gold
Public Gold diasaskan pada tahun 2008 dan kini mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia, dan juga terdapat cawangan di luar negara seperti di Singapura dan Indonesia.
Public Gold menyediakan fasiliti simpanan akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) yang berketulenan emas 999. Kesemua emas Public Gold dihasilkan oleh Public Gold sendiri di Malaysia dan juga disimpan di Malaysia.
Akaun emas GAP boleh dibeli secara online dan pembelian boleh dibuat pada bila-bila masa kerana sistemnya yang dibuka setiap hari, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Minima pembelian akaun emas GAP adalah serendah RM100 sahaja dan tiada caj simpanan yang dikenakan.
Walau bagaimanapun, untuk setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj premium bergantung pada berat dan jenis emas yang dipilih. Minimum caj premium yang dikenakan adalah RM10 (untuk goldbar 1 gram) dan maksimum adalah RM250 (untuk goldbar 1 kilogram).
Bagi pengeluaran emas dengan berat 21.5 gram (bersamaan berat 5 dinar) dan ke bawah, emas tersebut akan dihantar ke alamat customer dengan caj penghantaran berinsurans yang berharga RM10.
Tetapi jika berat emas yang ingin dikeluarkan melebihi 21.5 gram, customer boleh collect emas mereka di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Minima berat emas yang boleh dikeluarkan adalah 1 gram dan customer perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya 1 gram di dalam akaun emas GAP mereka untuk akaun kekal aktif.
Akaun emas GAP Public Gold juga telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Jadi customer boleh beli, jual dan keluarkan akaun emas GAP tanpa was-was.
Spread (susut nilai) akaun emas GAP adalah sekitar 8% - 9%. Bagi mereka yang berminat untuk jadi dealer Public Gold, mereka boleh dapatkan insentif sehingga 2% (bergantung pada dealership) bagi setiap transaksi pembelian sendiri atau customer mereka.
Quantum Metal
Quantum Metal ditubuhkan pada tahun 2012 dan mempunyai 3 cawangan di seluruh Malaysia dan juga Thailand.
Terdapat 3 jenis akaun emas yang disediakan oleh Quantum Metal iaitu GSA (Gold Storage Account), GCA (Gold Convert Account) dan GAE (Gold Asset Enhancement).
Kesemua akaun emas Quantum Metal boleh dibeli secara online pada bila-bila masa kerana sistemnya dibuka setiap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Emas Quantum Metal ini boleh dibeli serendah RM10 sahaja, dan tiada caj simpanan dikenakan untuk GSA. Tetapi caj simpanan ada dikenakan untuk GCA dan GAE sebanyak 3.5% setahun.
Simpanan akaun emas Quantum Metal juga telah disahkan patuh syariah dari Tawafuq Advisor.
Minima pengeluaran akaun emas Quantum Metal adalah serendah 1 gram dan tidak ada minima baki akaun emas yang perlu ditinggalkan. Spread harga akaun emas Quantum Metal pula berbeza iaitu antara sekitar 3% - 7% sahaja.
Emas Quantum Metal boleh dikeluarkan dari semua cawangan Ar-Rahnu Tekun atau melalui mesin ATM Quantum Metal.
Sebagai dealer Quantum Metal, insentif yang mereka akan dapat adalah sebanyak 20% bergantung pada level dealership.
Perbandingan Public Gold vs Quantum Metal
Public Gold | Quantum Metal | |
---|---|---|
Tahun Ditubuhkan | 2008 | 2012 |
Bilangan Cawangan | 18 cawangan Malaysia Singapura Indonesia | 3 cawangan Malaysia Thailand |
Akaun Emas | GAP | GSA GCA GAE |
Online | 24 jam x 7 hari | 24 jam x 7 hari |
Minimum Pembelian | RM100 | RM10 |
Minimum Pengeluaran | 1 gram | 1 gram |
Baki Minima | 1 gram | Tiada |
Caj Simpanan | Tiada | GSA - Tiada GCA, GAE - 3.5% setahun |
Patuh Syariah | Ya | Ya |
Spread Harga | 8% - 9% | 3% - 7% |
Dealer Insentif | Sehingga 2% | Sehingga 20% |
Lokasi Simpanan Emas | Malaysia | Singapura |
Mesin ATM Emas | Ya | Ya |
Akaun Emas Junior | Ada | Ada |
Tetapi, yang mana satu lebih baik?
Kalau tanya saya, sudah semestinya Public Gold. Walau bagaimanapun, ianya bergantung pada anda untuk buat keputusan.
Yang penting kena tahu 5 perkara ini:
- Keuntungan emas hanya akan dapat apabila kita menjual semula emas tersebut.
- Emas tidak berikan imbuhan atau dividen.
- Antara nak simpan di akaun emas atau simpan sendiri, kena tahu risiko setiap pilihan yang dibuat.
- Walaupun tiada caj simpanan, tetapi kena kira caj pengeluaran dan caj penghantaran sebagai caj tambahan dalam simpanan emas anda.
- Fokus pada penambahan gram emas.
Nak mulakan simpanan emas Public Gold?
Nota: Maklumkan jika ada kesilapan maklumat dalam artikel ini.
Kemaskini:
19 Mei 2023 - Terima kasih Tuan Haziq atas pembetulan maklumat yang disampaikan melalui komen.
ada sedikit info yg kurang tepat, utk QM tiada caj simpanan jika beli di GSA sama juga dengan PG tiada caj pada GAP
3.5% hanya dikenakan jika buat GCA dan GAE sahaja
dan tidak ada baki minima untuk QM jika ingin membeli emas fizikal manakala di PQ perlu baki minima 1g untuk keluarkan 1g
dan QM tidak lagi menggunakan khidmat ISRA, sekarang semua product patuh syariah under TAWAFUQ ADVISOR
harap ini membantu
Alhamdulillah. Terima kasih atas pembetulan maklumat yang diberikan. Saya dah update artikel ini. Terima kasih.
Perbandingan yang adil, berfakta dan bukan dari persepsi sendiri. Terbaik Tn Fauzi. Akaun simpanan di bank pun boleh buka 2,3 buah bank, apatah lagi akaun emas. Yang dah ada akaun GAP boleh cuba buka akaun QM dan sebaliknya.
Terima kasih tuan Faizan atas komen dan input yang diberikan. 🤝🏼
Salam, sy penyimpan public gold. Nak bertanya, jika pengeluaran emas fizikal kena bayar premium myr10 untuk 1 dinar.
Pada quatum metal pula, berapa premium nya? Kerana ia tiada ditulis dijadualk perbandingan
Wassalam, tidak ada caj yang dikenakan apabila keluarkan emas dari QM.
Terima kasih atas perkongsian. Pada saya PG dan QM ada kelebihan masing². Terpulang pada individu untuk memilih. Saya ada dua², hi hi. Pada saya, simpanan emas adalah simpanan yang menguntungkan. Simpanlah dari sekarang. Terima kasih.
Pembetulan sedikit info :
Spread PG adalah dari 6-9% (mengikut berat dgn kadar yang telah ditetapkan).
Ya spread 6-9% itu untuk goldbar/dinar. Tapi akaun emas GAP dalam 8.5% Macam tu.