Public Gold merupakan sebuah syarikat jual beli emas yang sama seperti Habit, Poh King, Wah Chin dan sebagainya. Produk utama Public Gold adalah goldbar, dinar dan akaun emas. Dan kesemua emas Public Gold adalah berketulenan 999.
Pengalaman saya mula menyimpan emas Public Gold adalah pada tahun 2020 yang lalu. Masa tu kita masih lagi dalam fasa PKP kerana pandemik Covid-19.
Disebabkan moratorium, jadi saya ada la duit sikit yang disimpan setiap bulan. Bila dah ada duit ni, mula la macam-macam benda yang kita nak beli, kan? Memang sejenis yang pantang tengok duit banyak dalam akaun bank.
Tapi entah macam mana, terdetik nak Google pasal emas. Dan bila search dekat Google tu, benda pertama yang keluar adalah Public Gold.
Walaupun saya memang pernah menyimpan emas pada tahun 2011, tetapi saya belum pernah lagi simpan emas Public Gold.
Saya pun study, study la sikit tentang emas Public Gold ni. Siap cari dekat Telegram kalau-kalau ada orang buat channel dekat sana.
Rezeki saya jumpa seorang dealer Public Gold bernama Fahmi di Telegram. Saya contact dia dan terus bagitau nak mulakan simpanan emas dengan Public Gold.
Fahmi atau lebih dikenali sebagai Abe Mie ni la yang guide saya macam mana nak beli emas Public Gold. Tetapi sebelum boleh beli emas, saya kena register dulu akaun Public Gold. Cuma yang jadi masalahnya, saya dah pernah daftar akaun Public Gold dalam tahun 2018 yang dulu. Jadi saya tak dapat nak daftar buat akaun baharu.
Jadi nak tak nak, Abe Mie bagitahu akaun saya ni nak kena reset dulu dan hanya branch sahaja yang boleh resetkan. Tak perlu tunggu lama pun, sebab tak beberapa lama selepas tu akaun saya pun berjaya diresetkan dan boleh daftar semula.
Alhamdulillah, emas Public Gold pertama yang saya beli adalah akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) dengan harga RM278 je. Sebab permulaan kan? Tak berani nak beli banyak-banyak. So saya mula dulu dengan 1 gram sebab masa tu harga emas 1 gram bersamaan dengan RM278.
Cara nak beli pun mudah. Lepas register, akan dapat PG Code. Lepas tu saya dah boleh login dekat app atau website Public Gold untuk buat pembelian emas.
Walaupun saya beli dengan harga RM278, tetapi bukan RM278 yang direkodkan dalam akaun emas tau. Tetapi nilai gram emas yang saya beli itu yang direkodkan.
Ala…macam akaun bank je lebih kurang. Kalau akaun bank, kita simpan duit kan? Kalau akaun emas, kita simpan emas. Jadi nilai gram emas yang direkodkan dalam akaun.
Macam mana saya boleh ingat berapa harga yang saya beli?
Sebab saya simpan segala rekod pembelian emas saya dalam Peti Emas. App ni saya develop sendiri untuk mudah nak tahu berapa banyak emas yang saya dah beli. Samada goldbar, dinar, akaun emas mahupun barang kemas.
Tapi kan, walaupun baru ada 1 gram je dalam akaun, tapi perasaan tu dah macam orang kaya! Ye la, sebab kita simpan emas kan? Mahunya tak terasa kaya.
Then, selang beberapa hari selepas tu Abe Mie ada update dekat channel Telegram dia. Ada promosi untuk jadi dealer Public Gold dengan hanya buat belian RM2,500 untuk Normal Dealer dan RM5,000 untuk jadi Priority Dealer.
Ha, nak tahu tak cerita pengalaman macam mana saya jadi dealer Public Gold?
Menarik juga kisah perjalanan saya nak jadi dealer ni. Nanti dalam artikel yang akan datang, saya kongsikan pula pengalaman saya jadi dealer Public Gold. Ok? 😄