Tahu tak strategi beli emas dengan menggunakan 100% duit gaji bulanan?
Caranya macam ni. Bila dapat gaji, terus gunakan 100% duit tu untuk beli emas. Lepas tu, masukkan emas tu ke dalam Ar-Rahnu untuk dapatkan 80% - 85% duit pajakan. Kemudian guna duit pajakan tu untuk buat perbelanjaan bulanan.
So kiranya kita akan dapat emas dan duit untuk belanja setiap bulan. Menarik kan? Tetapi awas.
Berikut adalah tiga (3) pesanan yang Tuan Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia kongsikan kenapa strategi ini merbahaya untuk diamalkan.
1️⃣ Tidak disarankan untuk melabur dengan menggunakan duit pinjaman. Kecuali untuk melabur dalam hartanah.
(Yang ini mungkin ada yang tanya. Kan dah guna 100% duit pendapatan sendiri. Dekat mananya yang dikatakan pinjam untuk melabur? Ok kita simpan dulu soalan ini.)
2️⃣ Walaupun Ar-Rahnu adalah patuh syariah, tetapi charge Ar-Rahnu adalah sangat tinggi.
3️⃣ Tidak ada financial consultant yang mengesyorkan strategi ini, baik di Malaysia, mahupun di luar negara. Hanya orang Malaysia je yang pandai gunakan strategi ini. Pelik kan?
Tetapi Tuan Azizi Ali kata, kena be fair. Kena neutral. Mesti ada kebaikan dari strategi ini kan?
So berikut adalah kebaikan untuk strategi ini dari sudut pandangan Tuan Azizi Ali, seorang Chartered Financial Consultant (ChFC) dan Islamic Financial Planner (IFP).
✅ Kebaikan yang pertama, jualan syarikat tersebut akan meroket. 🚀
✅ Kebaikan yang kedua, komisyen ejen juga akan meroket. 🚀
Nah! Memang ada pun kebaikan dari strategi ini rupanya.
Tapi…di mana kebaikan pelabur (atau customer) yang menggunakan strategi ini?
Jawapan Tuan Azizi Ali 👇🏼👇🏼👇🏼
I cannot think of a single reason!
Azizi Ali, ChFC IFP
So berhati-hatilah ketika melabur dalam emas. Melabur jangan sampai lebur. Jangan guna teknik 100% duit gaji untuk beli emas.