Semalam saya ada kendalikan kelas training Lubuk Prospecting Telegram kepada dealer-dealer Public Gold di bawah group PG1M yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim.
Kelas ini memfokuskan penggunaan Telegram sebagai alat untuk prospecting dan seterusnya sebagai bahan marketing dalam memajukan bisnes team dealer Public Gold kami.
Antara topik yang saya kongsikan dalam kelas ini adalah:
- Cara untuk tingkatkan ciri-ciri keselamatan akaun Telegram
- Bagaimana membina Channel Telegram sebagai lubuk ilmu emas
- 4 tips untuk menaikkan ‘seri’ Channel Telegram anda
- Mengautomasikan fungsi Telegram kepada platform social media yang lain
Pada asalnya kelas ini dijadualkan untuk 1 jam setengah sahaja. Bagaimana pun, para peserta setuju untuk drag training ini kepada 2 jam setengah kerana topik yang saya kongsikan ini agak teknikal dan banyak hands-on. Itu pun ada part-part yang terpaksa saya percepatkan kerana sudah lewat malam. (Training habis pukul 11.30 malam 😅).
Ikutkan dah lama saya tak conduct training sejak tukar kerja pada tahun 2022 yang lalu. Last saya kendalikan training pun dalam tahun 2021. Itu pun kelas secara fizikal dan lebih kepada ceramah dan bukannya latihan teknikal seperti ini.
Rekod peribadi 190 orang peserta online
Selepas 2 tahun “berehat”, akhirnya saya kembali selepas dipelawa oleh team Founder Council PG1M untuk kendalikan kelas Telegram secara online kepada dealer-dealer group kami. Dan tak sangka, seramai 190 orang yang hadir dan mengikuti kelas ini. Satu pencapaian peribadi saya kerana berjaya mengendalikan kelas secara online yang dihadiri oleh 190 orang peserta dari Malaysia dan luar negara.
Bezanya kelas ini berbanding kelas-kelas yang pernah dianjurkan oleh PG1M adalah saya adakan kuiz di penghujung kelas. Dan peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul dan terpantas akan mendapat hadiah berupa langganan Peti Emas, untuk rekod simpanan emas secara percuma selama setahun.
Dan pemenang bagi kuiz ini adalah Tuan Shukriee, Star Founder Master Dealer yang telah berjaya menjawab soalan dengan betul dan terpantas. Dan beliau juga merupakan antara peserta yang aktif dan banyak berinteraksi dalam kelas ini.
Kelas Telegram 2.0
Alhamdulillah. Selesai sudah tanggungjawab saya untuk kendalikan kelas kepada team PG1M Public Gold.
Tetapi, dengar-dengarnya PG1M nak adakan kelas Telegram 2.0 pula sebab ramai peserta yang nak explore dengan lebih mendalam topik-topik yang saya kongsikan dalam kelas tadi.
Jadi atau tak kelas training Telegram 2.0 tu? Jom sama-sama kita nantikan. 😁