Tentang Pengedar Emas

Nama saya Fauzi, seorang eksekutif di sebuah syarikat sendirian berhad dan mempunyai minat dalam pelaburan emas. Saya mula menyimpan emas sejak tahun 2011. Pernah menjadi pengedar emas untuk sebuah syarikat emas bumiputera, tetapi sayangnya syarikat tersebut telah pun ditutup selepas beberapa tahun beroperasi.

Dan kini saya menjadi pengedar emas untuk syarikat Public Gold. Sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk emas seperti bas emas, dinar emas dan barang kemas. Public Gold kini mempunyai lebih dari 15 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Selain emas fizikal, Public Gold juga ada menawarkan program pengumpulan emas yang dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP). Dengan bermodalkan RM100, saya boleh membeli emas dengan Public Gold pada bila-bila masa dan di mana jua secara atas talian. Emas yang dibeli pula boleh ditebus dalam bentuk fizikal dan dijual jika saya mahukan.

Tujuan Pengedar Emas

Tujuan laman web ini diwujudkan adalah untuk saya berkongsikan ilmu dan tips dalam menyimpan emas. Disebabkan nilai matawang kita begitu mudah susut nilainya menyebabkan ianya adalah satu keperluan untuk kita menyimpan duit dalam bentuk emas. Anda pun tahu nilai duit RM100 kita pada hari ini tidak akan sama pada 10 tahun akan datang. Kuasa membelinya semakin berkurangan.

Oleh itu, saya ingin mengajak anda untuk bersama-sama menyimpan duit dalam bentuk emas. Kita simpan emas bukan untuk diri kita semata-mata, tetapi untuk insan yang kita sayang. Demi masa depan mereka agar mereka tidak hidup susah seperti kita.

Anda boleh ikuti channel Telegram saya untuk dapatkan tips dan update terkini tentang emas. Dan anda juga boleh terus Hubungi saya jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang emas.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan dapat kita sama-sama memelihara wang simpanan kita dengan emas.

Fauzi Mohd Darus

Public Gold Master Dealer (PG00292269)