Siapa yang tak kenal Tuan Azizi Ali, pakar kewangan yang tersohor di Malaysia?
Saya kenal beliau melalui buku-buku yang ditulisnya iaitu Jutawan Dari Planet Jupiter, dan Lahirnya Seorang Jutawan sekitar tahun 2010-2011 dahulu.
Masa tu saya baru nak berjinak-jinak dalam personal financial dan buku-buku penulisan Tuan Azizi Ali adalah antara buku yang saya baca.
Saya juga sempat bertemu dengan beliau secara face-to-face ketika kami sama-sama menghadiri Public Gold Annual Recognition Night pada bulan Jun yang lalu. Bukan senang nak dapat berjumpa dengan idola dan pakar kewangan kita ni gais! So bila ada peluang, jangan lepaskan untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Kalau anda nak tahu, Tuan Azizi Ali merupakan Founder Master Dealer Public Gold dan menyimpan emas Public Gold. Kalau dah pakar kewangan sendiri pun beli dan simpan emas Public Gold, takkan kita tak nak follow kan?
Tetapi dalam artikel kali ini saya nak kongsikan tips macam mana Tuan Azizi Ali simpan emas Public Gold sebagai salah satu instrumen simpanan beliau.
Ini adalah screenshot akaun emas Public Gold milik Tuan Azizi Ali, dalam 16 gram. Sikit je kan? Takde la banyak mana. Tetapi itulah strategi yang Tuan Azizi Ali gunakan dalam menyimpan emas.
Sebenarnya Tuan Azizi Ali jadikan akaun emas GAP Public Gold sebagai medium simpanan emas sementara. Beliau beli dan simpan dalam akaun emas sikit demi sedikit sampailah cukup 50 gram emas.
Bila dah cukup 50 gram, Tuan Azizi Ali akan keluarkan emasnya dari akaun emas ke bentuk emas fizikal iaitu dua ketul goldbar 20 gram dan seketul goldbar 10 gram.
Kenapa Tuan Azizi Ali buat macam tu?
Sebab dia tak nak orang lain pegang emas dia. Dia nak diri dia sendiri yang pegang emas tersebut. Kalau berlaku apa-apa masalah pada ekonomi dan sebagainya, dia dah siap sedia emas di tangan untuk digunakan.
Beruntung kita dapat tahu strategi yang Tuan Azizi Ali kongsikan ni. Kita pun boleh follow teknik ini jika mahu. Beli dan simpan emas sampai cukup 50 gram, dan keluarkan dalam bentuk emas fizikal untuk disimpan sendiri.
So gais, jom kita praktikkan strategi ini sekarang.