Baru-baru ini ada seorang customer saya tanya yang mana satu lebih baik. Adakah patut dia withdraw atau jual je terus akaun emas GAP dia.
Ok, sebelum kita pergi lebih lanjut, kena tahu dulu apakah beza antara withdraw dan jual emas ni.
Withdraw Akaun Emas GAP
Kalau kita pilih withdraw, kita hanya keluarkan emas dari akaun emas GAP kita ke dalam bentuk emas fizikal seperti goldbar dan dinar. Kita tak dapat pun duit apabila withdraw.
Kita hanya dapat emas dalam bentuk fizikal yang akan dipos terus ke rumah melalui Gold In Transit atau boleh collect di mana-mana branch Public Gold jika berat emas yang kita nak keluarkan itu melebihi 21.5 gram (atau 5 dinar).
Baca: Tips simpan emas dengan selamat
Dan bila kita dah withdraw emas tu, kita kena la simpan sendiri emas yang kita dah keluarkan tadi dan ianya dah tak boleh nak dimasukkan kembali ke dalam akaun emas GAP.
Jual Akaun Emas GAP
Manakala untuk jual pula, kita jual emas dari akaun emas GAP kita dan akan dapat duit yang akan ditransfer terus ke akaun bank. Bila dah jual ni, memang dah tak ada dah la emas dalam simpanan kita.
Baca: Cara semak harga di website Public Gold
Harga jual bergantung kepada harga di bahagian PG Buy di website atau app Public Gold. Spread harga akaun emas GAP adalah dalam 8.5%.
Sebagai contoh, jika harga akaun emas GAP ketika itu adalah RM300 maka harga yang Public Gold akan beli dari kita dalam RM275.
Yang mana satu lebih baik?
So bagi menjawab persoalan customer itu tadi, ianya bergantung pada apa tujuan yang dia mahu lakukan. Kalau dia nak simpan sendiri emas dia, boleh pilih untuk withdraw keluarkan emas dari akaun emas GAP dia.
Tetapi kalau dia perlukan duit, dia boleh terus jual emas Public Gold tersebut dan dapatkan duit yang akan ditransfer ke akaun bank.
Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk beli semula emas, dia boleh pilih untuk ar-rahnukan emas dia melalui akaun emas GAP. Saya ada kongsikan penerangan tentang ar-rahnu emas Public Gold di sini.
Mudah sebenarnya bila kita berurusan jual-beli emas dengan Public Gold. Ada duit RM100 pun dah boleh beli emas. Ada bajet besar sikit, boleh beli goldbar atau dinar yang bersaiz besar. Perlukan cash, boleh jual. Nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas dari akaun emas GAP.
Semuanya terletak pada kita. Public Gold hanya menyediakan fasiliti bagi memudahkan kita untuk menyimpan dan membeli emas.