Setiap awal tahun, pejabat Pos Malaysia atau mana-mana cawangan bank akan penuh dengan pelabur-pelabur ASB. Sebab apa? Sebab mereka nak keluarkan duit dividen selepas setahun menyimpannya di dalam ASB.
Dividen ASB secara purata adalah sekitar 5 peratus (termasuk bonus). Jika di dalam akaun ASB kita ada sebanyak RM30,000, maka dividen yang akan kita perolehi adalah sekitar RM1,500. Banyakkan?
Ok bagaimana pula kalau kita simpan RM30,000 dalam ASB dan kita biarkan je simpanan itu “beranak” dan kita tak ambil pun dividen dalam tempoh 5 tahun. Berapakah jumlah keuntungan yang kita akan dapat?
Dengan menggunakan jadual kiraan di atas, duit simpanan dalam ASB kita akan bertambah menjadi RM38,775.24 iaitu peningkatan sebanyak 29 peratus. Untung dividen ASB sebanyak RM8,775.24.
Menarik! Lagi lama kita simpan, lagi banyak yang kita dapat melalui simpaman ASB. Tetapi dengan syarat kita tak usik pun duit dividen setiap tahun dalam tempoh tersebut.
Ok jom kita tengok macam mana pula dengan keuntungan simpan di dalam emas.
Untung ke simpan emas?
Jadual di atas adalah prestasi harga emas. Jika tahun lepas kita beli emas, kenaikkan harga emas pada tahun ini adalah sekitar 10 peratus. Bermakna kalau kita beli emas dengan harga RM30,000, nilai emas tersebut kini meningkat menjadi RM33,000.
Banyakkan untung sampai 10 peratus?
Tetapi kena ingat, emas ada spread harga iaitu beza harga jual-beli. Kalau kita jual balik emas untuk dapatkan duit tunai, harga yang dibeli oleh syarikat atau kedai emas akan lebih rendah dari harga yang dijual. Perbezaan harga ini yang dikatakan sebagai spread harga emas.
Spread harga emas Public Gold adalah sekitar 6 hingga 9 peratus. So kalau kita nak jual emas kita tadi dengan Public Gold, keuntungan 10 peratus selepas ditolak dengan spread 9 peratus, yang tinggal hanyalah 1 peratus sahaja keuntungan yang kita akan dapat iaitu bersamaan dengan RM300. Sikit. Tak berbaloi.
Emas ada spread harga (perbezaan harga jual-beli)
Lebih baik simpan dalam ASB? Betul? Tunggu sekejap. Macam mana kalau kita simpan emas untuk tempoh 5 tahun.
Kalau pada 5 tahun lepas, kita beli emas sebanyak RM30,000 dan dengan menggunakan jadual prestasi harga emas di atas, peningkatan harga emas meningkat melebihi 60 peratus dalam tempoh 5 tahun!
Selepas ditolak spread harga 9 peratus Public Gold, kita masih ada keuntungan sebanyak 51 peratus! Dan peratus keuntungan ini lebih tinggi berbanding dividen yang kita dapat dari ASB iaitu 29 peratus yang kita kira tadi.
Mana lebih bagus? Emas atau ASB?
Kedua-dua jenis simpanan ini ada kelebihan dan kekurangannya. Itu sebab saya selalu bagitahu yang emas adalah aset simpanan jangka masa panjang (5 tahun dan ke atas).
Sebab apa? Sebab dalam tempoh jangka masa panjang (long-term saving), simpanan emas lebih menguntungkan berbanding simpanan aset-aset yang lain seperti yang telah kita kirakan tadi.
Emas adalah long-term saving, ASB adalah mid-term saving
Manakala kalau simpan dalam ASB, ianya adalah lebih kepada simpanan jangka masa sederhana (mid-term saving) sebab keuntungan yang kita dapat lebih berbaloi dalam tempoh 1 hingga 5 tahun.
Kalau nak dapat keuntungan lebih dalam tempoh masa yang panjang, lebih baik simpan dalam emas. Kalau sekadar nak simpan sekejap, lebih baik simpan dalam ASB.
Nak lagi tips simpanan emas, boleh follow channel Telegram saya di bawah.