Antara yang ditunggu-tunggu oleh penyimpan dan pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) di setiap awal tahun adalah dividen yang mereka akan dapat hasil dari simpanan dan pelaburan yang mereka buat sepanjang tahun yang sebelumnya.
Dividen bagi tahun 2023 telah diumumkan iaitu sebanyak 5.25%. Kiraan mudah, jika anda ada menyimpan sebanyak RM10,000 sepanjang tahun 2023, anda akan dapat dalam RM525 sebagai dividen kepada simpanan tersebut.
Tetapi…adakah berbaloi untuk alihkan dividen tersebut ke dalam bentuk emas, atau lebih baik dibiarkan sahaja di dalam akaun ASB?
Dalam artikel sebelum ini, saya telah kongsikan yang simpanan ASB sesuai dijadikan sebagai mid-term saving, manakala emas sebagai long-term saving.
Jika anda memang tidak berhajat untuk menggunakan dividen ASB dalam tempoh terdekat (sekitar satu hingga dua tahun), maka adalah lebih baik jika dividen tersebut ditukarkan dalam bentuk emas.
Dengan dividen sebanyak RM525 tadi, anda boleh simpan sebanyak lebih kurang dalam 1.5 gram emas di akaun emas GAP Public Gold berdasarkan pada harga emas hari ini. Dan emas ini anda boleh kumpul sikit demi sedikit sehinggalah anda keluarkan emas dalam bentuk goldbar atau dinar.
Selain dari itu, kelebihan mengasingkan dividen ASB ke dalam bentuk emas adalah anda tidak meletakkan ke semua modal anda dalam satu platform sahaja. Sekurang-kurangnya dengan adanya emas, anda dah berjaya diversify instrumen simpanan dan pelaburan anda dalam platform yang berbeza. Dan sekaligus, berjaya mengurangkan risiko kerugian dari instrumen yang dipilih.
So gais, bagi menjawab persoalan adakah berbaloi guna duit dividen ASB untuk beli emas? Berbaloi kalau anda nak simpan duit dividen anda secara long-term. Kalau short term, atau mid-term, lebih baik dibiarkan sahaja duit dividen itu dalam akaun ASB anda.
Semoga bermanfaat.