1/4 Dinar Classic kini di Public Gold

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Kini anda boleh dapatkan 1/4 dinar design classic Public Gold dan jadikan sebagai salah satu item koleksi simpanan emas anda.

Public Gold mempunyai pelbagai jenis emas seperti goldbar, dinar dan akaun emas GAP. Dan dinar adalah antara emas "favourite" bagi penyimpan dan pelabur emas di Malaysia.

Terutamanya adalah emas 1 dinar kerana saiznya tidak terlalu besar, harganya tak terlalu mahal dan designnya cantik untuk dijadikan sebagai hadiah atau pun hantaran perkahwinan.

Promosi terhad - caj gold premium RM15 sahaja

Design 1/4 Dinar Classic

Emas 1/4 dinar ini mempunyai berat 1.0625 gram. Ianya hadir dalam bentuk kad berwarna hijau dan berketulenan 999.9.

Emas 999.9 adalah emas yang berketulenan tinggi dan harganya lebih mahal berbanding emas 916.

Macam mana nak dapatkan emas 1/4 dinar Public Gold?

Ada tiga cara untuk anda dapatkan 1/4 dinar Public Gold ini. Samada beli secara terus (outright purchase), keluarkan dari akaun emas GAP atau beli dari PG Mall.

Kalau anda belum ada akaun Public Gold, boleh daftar dulu akaun anda secara percuma di bawah.

Selepas daftar, anda boleh beli 1/4 dinar emas ini dengan harga RM400 dari akaun Public Gold anda.

Dan sekiranya anda ingin keluarkan 1/4 dinar dari akaun emas GAP, pastikan akaun emas GAP anda mempunyai sekurang-kurangnya 2.0625 gram emas dan buat pembayaran sebanyak RM20 untuk keluarkan dinar design ini.

Dinar tersebut kemudiannya akan dihantar ke alamat rumah anda selepas caj penghantaran sebanyak RM10 dibuat.

Tetapi kalau anda beli 1/4 dinar dari PG Mall, anda mungkin tidak perlu bayar caj penghantaran (bergantung pada promosi) dan harganya pun mungkin lebih murah.

Kenapa harga 1/4 dinar mahal?

Semakin kecil saiz emas, semakin mahal harga emas per gram. Sebab itu emas yang bersaiz kecil ini lebih kepada "collection item" dan bukannya sebagai pelaburan.

Kalau pelabur emas yang sebenar, mereka akan beli emas yang bersaiz besar seperti 250 gram dan ke atas.

Ya! Harga untuk beli 250 gram lebih mahal dari 1/4 dinar, tetapi kalau dikira harga emas per gram, harganya lebih murah.

Gold bar 100 gram dan 250 gram Public Gold

Contoh, ketika artikel ini ditulis, harga 250 gram adalah RM83,165.00 dan harga 1/4 dinar pula adalah RM400. Jika dikira harga per gram, untuk goldbar 250 gram harganya hanyalah RM332.66 per gram.

Manakala untuk 1/4 dinar, harga per gramnya adalah RM376.47. Beza harga dekat RM50 segram. Banyak tu.

Disebabkan itu kalau anda adalah pelabur emas, beli emas bersaiz besar yang berat 250 gram ke atas.

Dan kalau dah beli emas tu, make sure anda rekod pembelian emas anda dengan app Peti Emas yang saya bangunkan ini.

Galeri Gambar

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment