Hari ini saya telah menghadiri sesi Public Gold New Financial Year Kick Off bagi tahun kewangan 2024/2025 yang diadakan di Menara Public Gold, Kuala Lumpur.
Seramai lebih dari 200 orang Founder Master Dealer yang dijemput bagi menghadiri sesi ini. Dan terdapat pelbagai update menarik yang dikongsikan di antaranya adalah:
- Satu cawangan baharu akan dibuka di Tawau, Sabah.
- Public Safe kini ada di Menara Public Gold di mana anda boleh simpan emas dengan mudah dan selamat.
- Sebanyak 30 buah mesin ATM Public Gold akan dibuka di Malaysia.
- PG Mall mempunyai sebanyak 25 preferred sellers yang memberikan harga terendah dengan jaminan penghantaran yang cepat.
Di sebelah petangnya pula, saya telah menghadiri sesi perjumpaan group PG1M yang diasaskan oleh En Syukor Hashim dan isteri, Puan Jonaina Nordin.
Dalam sesi ini juga sempat saya berjumpa dengan En Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan dan penulis buku-buku kewangan yang popular di Malaysia.