Bagi persoalan antara ASB dan Tabung Haji, saya ada kupaskan dengan lebih detail dalam artikel saya di blog yang lain iaitu di blog Travelog Jutawan. Anda boleh baca artikel tersebut di sini.
Tetapi jika anda bertanya tentang antara simpanan dalam emas, ASB atau Tabung Haji yang mana satu lebih menguntungkan? Teruskan membaca.
Tahun lepas, ASB telah umumkan dividen yang dibayarkan kepada penyimpan ASB sebanyak 5.5% di mana 5.0% adalah agihan pendapatan dan 0.5% adalah bonus.
Berikut adalah jadual dividen ASB dalam tempoh 5 tahun.
Tahun | Dividen |
2015 | 7.75% |
2016 | 7.25% |
2017 | 8.25% |
2018 | 7.00% |
2019 | 5.50% |
Secara purata dalam tempoh 5 tahun, dividen ASB adalah sebanyak 7.15%.
Tabung haji pula mengumumkan hibah sebanyak 3.05% untuk tahun 2019. Sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan hibah yang diberikan pada tahun 2018 iaitu sebanyak 1.25% sahaja.
Berikut adalah jadual hibah untuk Tabung Haji dalam tempoh 5 tahun sebelum ini.
Tahun | Hibah |
2015 | 8.0% |
2016 | 5.75% |
2017 | 6.25% |
2018 | 1.25% |
2019 | 3.05% |
Secara purata, hibah Tabung Haji adalah sebanyak 4.86%.
Bagaimana pula dengan emas? Rajah berikut adalah maklumat yang saya ambil dari website Gold Price, website rujukan harga emas sedunia.
Secara purata dalam tempoh 5 tahun, harga emas meningkat sebanyak 73.67% atau dalam erti kata lain kenaikan sebanyak 14.73% setiap tahun. Lebih tinggi daripada dividen dan hibah yang diterima oleh penyimpan ASB dan Tabung Haji.
Ini bermakna sesiapa yang beli emas pada 5 tahun dahulu dengan harga RM100,000 kini sudah mendapat keuntungan sebanyak RM73,670. Bagaimana pula kalau simpan RM200,000 dalam emas? Keuntungan sebanyak RM147,340.
Ingin saya ingatkan di sini, walaupun untung menyimpan dalam emas tetapi jangan meletakkan semua duit simpanan anda dalam satu portfolio simpanan sahaja. Pelbagaikan portfolio simpanan anda.
Saya sendiri simpan dalam pelbagai portfolio seperti ASB, Tabung Haji, Unit Amanah dan juga Emas. Tetapi sudah semestinya sebahagian besar simpanan saya adalah dalam emas dan selebihnya dibahagi-bahagikan dalam portfolio yang lain.
Jika dah ada asb, th dan nak melabur dalam emas, adakah gap atau emas fizikal yg lebih baik?
Kalau nak beli sikit-sikit, lebih baik akaun emas GAP. Melainkan kalau nak beli 1 dinar atau 10 gram, boleh terus beli emas fizikal.