Baru-baru ini saya ada dapat pertanyaan dari seseorang melalui WhatsApp. Dia tanya seperti di bawah.
Kalau anda ada cash dan anda dalam dilema samada nak guna untuk bayar hutang atau simpan dalam bentuk emas, senang sahaja.
Bayar dahulu semua hutang
Check dulu cukup tak duit cash tu untuk langsaikan segala hutang?
Contoh, anda ada duit cash RM30,000 dan dalam masa yang sama baki hutang anda adalah RM12,000.
So dalam keadaan ini, better anda gunakan duit cash tadi untuk langsaikan kesemua hutang anda.
Bila hutang selesai, cash flow anda akan bertambah lebih baik.
Tapi macam mana kalau duit tak cukup untuk bayar semua hutang?
Tetapi macam mana kalau anda ada cash RM30,000 dan hutang anda masih ada RM50,000?
Sudah semestinya anda tak dapat nak langsaikan sepenuhnya hutang anda kan? Sebab tak cukup pun nak bayar.
Dalam situasi ini, apa yang saya akan buat adalah saya akan check balik cukup tak dana kecemasan?
Apa itu dana kecemasan?
Dana kecemasan adalah duit simpanan khas yang anda simpan sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti kereta rosak, kena balik kampung atas sebab kecemasan (kalau saja-saja balik kampung tak dikira sebagai kecemasan ya), peti ais atau mesin basuh rosak, dan sebagainya.
Berapa banyak nak kena simpan untuk dana kecemasan bergantung pada komitmen anda. Ada yang tetapkan RM1,000. Ada yang tetapkan 3 bulan gaji. Dan ada juga yang letak sampai 12 bulan gaji.
Kalau dana kecemasan anda tak cukup, asingkan sebahagian duit tersebut untuk disimpan dalam dana kecemasan dan selebihnya boleh digunakan untuk buat beli emas.
Macam mana kalau dah cukup dana kecemasan?
Kalau dana kecemasan dah cukup, apa yang saya akan check boleh tak nak bayar sebahagian daripada hutang tersebut untuk kurangkan baki principal (baki pokok).
Kalau boleh, saya akan gunakan sebahagian daripada duit cash saya tadi (mungkin separuh, iaitu RM15,000) untuk bayar baki hutang pokok.
Dengan cara macam ni, saya dapat kurangkan jumlah interest yang saya kena bayar setiap bulan. Baki dari duit tersebut baru saya gunakan untuk beli emas.
Tetapi kalau bayar baki pokok tak berikan apa-apa kesan pada bayaran hutang bulanan, saya akan gunakan sepenuhnya duit cash tu untuk simpan dalam bentuk emas.
Nak beli emas yang mana satu?
Sebab anda ada cash yang banyak, pilihan untuk anda beli emas pun banyak.
Tips dia mudah sahaja. Terus beli emas yang paling besar yang boleh dibeli.
Macam mana?
Ok contoh la anda ada cash RM30,000. So pergi dekat website rasmi Public Gold dan tengok dekat jadual PG Sell. Emas mana yang anda boleh beli dengan duit sebanyak itu.
Kalau rujuk pada jadual harga di atas, emas yang anda boleh beli dengan duit sebanyak RM30,000 itu adalah gold bar 50 gram (RM18,732) dan 5 dinar (RM8,013) di mana jumlah ke semuanya adalah RM26,745 (tak termasuk kos Gold Premium).
Kenapa tak beli emas GAP?
Ha...yang ini ada tips dia. Cuba anda tengok berapa harga emas GAP dalam jadual harga tadi?
Harga emas GAP pada waktu itu adalah RM380 segram. Manakala harga untuk gold bar 10 gram adalah RM3,771 (yang bersamaan dengan RM378 segram).
So dekat sini lebih baik anda beli gold bar atau dinar berbanding beli akaun emas GAP sebab harga emas per gram untuk gold bar dan dinar lebih rendah dan jimat. Anda akan jimat sebanyak RM2 segram.
Sikit? Cuba kira...
Gold bar 50 gram + 5 dinar (21.25 gram) x RM2
= 71.25 gram x RM 2
= RM142.50
Anda akan jimat sebanyak RM142.50. Sikit? 🥲
Belum ada akaun Public Gold?
Untuk beli emas Public Gold ni, anda kena ada akaun terlebih dahulu sebab segala pembelian emas nanti akan dibuat melalui akaun Public Gold anda.
Kalau anda belum ada lagi akaun Public Gold, boleh daftar dulu dengan saya di bawah. Pendaftaran percuma dan tak kena bayar apa pun.
Tetapi untuk beli emas tu kena la bayar. Yang tu tak free. 😁
Dan sebagai customer yang daftar akaun Public Gold dengan saya, saya akan guide dan invite masuk ke group support saya untuk dapatkan tips dan update Public Gold melalui WhatsApp.
So apa tunggu lagi, segera daftar akaun Public Gold anda dan saya akan jumpa anda sekejap lagi.