Berita baik kepada anak-anak yang mempunyai akaun GAP Junior Public Gold.
Kini anda boleh buat auto debit untuk akaun GAP anak-anak anda dengan hanya serendah RM50 sahaja.
Seperti yang anda tahu, Public Gold menyediakan tiga cara belian emas iaitu belian secara terus (outright purchase), easy payment purchase (EPP) dan juga akaun emas GAP.
Untuk akaun emas GAP ini pula, anda boleh beli emas secara auto-debit di mana setiap bulan Public Gold akan buat pemotongan duit dari akaun bank anda secara automatik dan kemudiannya akan ditukarkan dalam bentuk emas di akaun emas GAP.
Minima pembelian emas auto debit ini adalah RM100.
Tetapi, bermula 16 September 2024, anda boleh buat auto debit serendah RM50 kepada akaun GAP junior.
Ini adalah satu cara Public Gold bantu memudahkan ibubapa untuk menyimpan emas ke dalam akaun GAP anak-anak mereka dengan nilai yang sangat minima.
Dan dalam masa yang sama, dapat memupuk tabiat menyimpan emas setiap bulan secara automatik.
Tahu, tahu je akaun emas GAP dah capai 100 gram dalam masa beberapa tahun.
Kenapa simpan dalam akaun emas GAP anak-anak?
Ada beberapa sebab kenapa anda kena simpan emas dalam akaun emas GAP anak-anak. Di antaranya adalah:
- Boleh dibeli serendah RM100 (atau RM50 melalui auto debit)
- Boleh buka akaun seawal usia kelahiran. Yang penting kena ada MyKID dan sijil kelahiran.
- Tiada caj simpanan
- Emas boleh dikeluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar
- Boleh dibeli atau jual secara online tanpa perlu ke branch
- Boleh link akaun junior anak-anak dengan akaun Public Gold ibu atau bapa
Boleh tak nak buat auto debit RM50 untuk akaun GAP dewasa?
Tak boleh. Kemudahan auto debit RM50 ini hanya untuk akaun GAP junior kanak-kanak sahaja.
Jika anda mempunyai anak tetapi belum mempunyai akaun GAP junior Public Gold, boleh daftar secara percum dengan klik butang di bawah.
Boleh tak saya nak terus beli emas GAP RM50 untuk anak saya tanpa auto debit?
Tak boleh. Kemudahan belian emas GAP minima RM50 ini hanya untuk kaedah belian secara auto debit baki akaun GAP junior sahaja.
Belian emas GAP secara terus (tanpa auto debit) adalah RM100 sama seperti akaun emas GAP dewasa.
Macam mana nak daftar akaun GAP junior anak saya?
Mudah sahaja. Anda hanya perlu daftar dengan klik pada butang pendaftaran di bawah.
Pendaftaran akaun adalah percuma. Selepas daftar, saya akan guide cara untuk buat belian emas.
Berapakah harga emas hari ini?
Harga emas hari ini boleh disemak di sini. Saya update graf harga emas Public Gold setiap hari.
Selain itu, anda juga boleh join channel Telegram saya dan boleh dapat update dan info terkini tentang Public Gold terus ke mobile phone anda.