Gold bar 20 gram BungaMas Public Gold kini berwajah baharu

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Berita baik! Kini anda boleh dapatkan gold bar 20 gram BungaMas dengan wajah yang baharu!

Sebelum ini Public Gold ada keluarkan gold bar 10 gram BungaMas yang baharu. Ianya datang dalam bentuk kad dan diseal sempurna dalam kad tersebut.

Dan bulan ini, Public Gold keluarkan pula gold bar 20 gram BungaMas dengan design yang sama seperti 10 gram BungaMas dan ianya datang dalam bentuk kad.

Kenapa Public Gold keluarkan dalam bentu kad?

Ini adalah salah satu strategi Public Gold bagi menjaga kualiti produk emas yang dikeluarkan.

Segala maklumat tentang emas tersebut seperti ketulenan, berat, saiz dan sebagainya telah pun dicetak siap di atas kad tersebut.

Dan customer pula sudah tidak ada lagi isu sijil ketulenan emas itu hilang seperti yang berlaku dalam design sebelum ini di mana gold bar dan sijil ketulenan itu datang berasingan.

Masih ada lagi beberapa ketul gold bar 20g BungaMas di PG Mall

Boleh ke nak dapatkan design gold bar yang lama?

Ketika artikel ini ditulis, anda masih boleh dapatkan design gold bar yang lama di PG Mall. Masih ada 76 ketul gold bar 20 gram BungaMas design lama yang boleh anda dapatkan di sana.

Tetapi harganya sedikit berbeza kerana harga di PG Mall tidak ikut harga emas semasa seperti yang dipaparkan di website rasmi Public Gold.

Macam mana nak dapatkan gold bar edisi baharu ini?

Ada tiga cara untuk anda dapatkan gold bar edisi baharu ini iaitu samada anda beli secara outright purchase, iaitu beli terus gold bar 20 gram BungaMas ini; atau beli secara EPP (Easy Payment Purchase) di mana anda boleh bayar dalam tempoh 10 bulan; atau cara yang terakhir adalah keluarkan dari akaun emas GAP.

Tetapi...sebelum anda dapat buat pembelian, pastikan anda sudah pun mempunyai akaun Public Gold. Anda boleh daftar akaun Public Gold secara percuma di sini.

Hanya perlu masukkan:

  1. Nama Penuh
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Alamat Emel
  4. Nombor Telefon Bimbit

Dan selepas hantar borang pendaftaran, saya akan hubungi anda untuk berikan panduan dan bimbingan cara bagaimana untuk buat belian emas pertama anda.

Mana lebih baik? Gold bar atau dinar?

Kedua-duanya sama sahaja. Dua-dua adalah emas berketulenan 999.9 atau 24 karat. Yang membezakannya hanyalah dari segi bentuk dan berat.

Gold bar berbentuk segi empat manakala dinar pula berbentuk bulat seperti duit syiling. Ada orang suka simpan dinar sebab nampak cantik bentuk bulat dan biasanya digunakan sebagai mas kahwin atau hantaran perkahwinan.

Tetapi ada orang suka simpan gold bar sebab bentuknya petak, dan mudah disimpan dan senang nak kira beratnya. So bergantung pada individu yang mana satu pilihan hati.

Yang penting, konsisten menyimpan emas setiap bulan. Tak banyak pun tak apa. Yang penting konsisten tambah aset kekayaan anda walaupun serendah RM100 dalam bentuk emas.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment