Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada 16 Ogos 2021 yang lalu.
Selepas je dapat tahu tentang peletakan jawatan tersebut, saya teringat yang Public Gold ada keluarkan gold bar edisi khas untuk Perdana Menteri kita ini.
Segera saya order gold bar edisi khas ini sebagai kenangan. Dah alang-alang order gold bar PM8, saya order sekali gold bar edisi khas Tun Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri kita yang ke-4 dan ke-7.
Kita pun tahu apa yang berlaku dalam negara kita sejak kebelakangan ini. Ditambah pula dengan situasi politik yang tak menentu dan pandemik wabak Covid-19 yang berlaku sejak setahun yang lalu telah mencoretkan pelbagai kisah dan kenangan memori dalam negara kita.
Disebabkan itu, saya abadikan kenangan kisah dan kenangan ini dengan mendapatkan kedua-dua gold bar edisi khas Perdana Menteri kita.
Nanti apabila sudah tua, bolehlah saya ceritakan kepada anak cucu saya apa yang berlaku pada zaman pemerintahan mereka berdua sambil belek-belek semula gold bar ini.
Kalau anda juga berminat untuk dapatkan gold bar ini sebagai koleksi dan kenangan peribadi, boleh WhatsApp saya.
Sambil simpan emas, sambil simpan memori negara.