Ada banyak syarikat emas yang menjual emas di Malaysia, tetapi kenapa saya pilih Public Gold?
Sebelum saya kenal Public Gold, saya pernah beli emas dan menjadi dealer bagi sebuah syarikat emas yang lain pada tahun 2011. Kisah ini ada saya ceritakan di sini.
Disebabkan kejadian tersebut, saya mula mencari syarikat emas yang lebih stabil dan bertahan lama. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk bersama dengan Public Gold.
Alhamdulillah. Saya gembira bersama dengan Public Gold. Dan berikut merupakan sebab dan kenapa saya memilih Public Gold sebagai syarikat emas pilihan saya.
1. Harga emas mengikut harga pasaran semasa dunia
Sebab paling utama adalah kerana harga emas Public Gold berubah mengikut harga pasaran emas semasa dunia. Apabila harga emas dunia turun, harga emas Public Gold pun akan turun. Dan apabila harga emas dunia naik, harga emas Public Gold pun akan naik.
Sebagai penyimpan emas, sudah pasti kita nak beli emas dengan harga yang paling murah kan? Dan lagi best apabila harga emas tersebut berubah mengikut harga emas semasa. So kita dapat beli dengan lebih banyak apabila harga emas turun.
Ianya berbeza dengan harga sesetengah syarikat pengeluar emas yang lain di mana harga emas mereka hanya akan berubah apabila harga emas dunia naik sahaja. Tetapi apabila harga emas dunia turun, macam lambat je mereka nak turunkan harga. Pernah berlaku?
2. Pelbagai item emas yang boleh dibeli
Public Gold juga mempunyai pelbagai item emas yang boleh kita beli seperti gold bar, dinar, barang kemas dan juga akaun emas. Tetapi dalam banyak-banyak ini, akaun emas Public Gold adalah item emas yang paling saya suka.
Kenapa?
Sebab akaun emas Public Gold ini adalah sangat-sangat fleksibel dan kita boleh dibeli serendah RM100 sahaja. Dan pula tidak ada komitmen, jadi terpulang pada kita samada nak beli setiap bulan boleh, tak nak beli setiap bulan pun tak apa.
Menarik kan?
3. Pendaftaran dan pembelian secara online
Yang menariknya lagi tentang Public Gold ini adalah pendaftaran untuk jadi customer boleh dibuat secara online sahaja. Proses semakan akaun pun akan dibuat secara online oleh Public Gold.
Bila dah ada akaun Public Gold, kita boleh terus beli emas secara online. Dah tak perlu nak keluar rumah untuk pergi ke branch, nak cari parking, nak berurusan di kaunter dan sebagainya.
Hanya perlu pergi je ke laman web Public Gold dan terus buat tempahan dan pembayaran.
4. Syarikat emas yang bertahan lama sejak tahun 2008
Public Gold mula ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga artikel ini ditulis, Public Gold sudah pun berusia lebih 13 tahun dan ianya masih kekal menjadi sebuah syarikat emas sehingga kini.
Banyak syarikat emas yang saya jumpa sejak saya mengenali emas pada tahun 2011 yang lalu. Tenggelam timbul, tenggelam timbul akhirnya banyak syarikat emas ini yang hilang dari pasaran emas dalam negara kita.
Tetapi yang masih tinggal dan kekal relevan sehingga kini adalah Public Gold.
Gais, salah satu petunjuk yang membuatkan orang yakin dengan sesebuah syarikat emas adalah apabila ia dapat bertahan lama lebih dari 10 tahun.
5. Emas yang patuh syariah
Public Gold juga merupakan salah sebuah syarikat emas yang telah disahkan patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd. Ini bermakna segala transaksi pembelian emas sama ada outright purchase, easy payment purchase mahupun akaun emas GAP adalah disahkan patuh syariah dan kita dapat beli emas Public Gold tanpa was-was.
Kalau ada orang tanya, apa bukti yang Public Gold ini patuh syariah?
Tunjuk sahaja gambar di atas sebagai bukti sijil yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors sendiri kepada Public Gold.
So bagaimana? Terjawab tak soalan kenapa saya memilih Public Gold?
Saya harap anda kini sudah yakin dengan Public Gold dan teruja untuk menyimpan emas bersama Public Gold.
Nak simpan emas ini mudah. Yang susah apabila kita tidak tahu caranya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, segera hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba bantu anda dengan sebaiknya.