Terkini Public Gold telah pun mempunyai hampir 1.3 juta customer di seluruh dunia. Ditambah pula dengan perkhidmatan seperti ATM Public Gold, membolehkan orang ramai dapat membeli goldbar dan dinar Public Gold dengan cara cepat dan selamat.
Namun begitu, baru-baru ini ada seorang prospek menghubungi saya untuk bantu semak status akaun Public Gold miliknya kerana dia tidak boleh buat belian emas di website Public Gold.
Bila saya bantu semak dengan branch, mendapati akaun Public Gold dia telah pun disuspend. Tetapi kenapa kena suspend?
Akaun Public Gold kena suspend
Situasi ini berlaku apabila seseorang customer Public Gold ada membuat order belian emas secara outright purchase atau easy payment purchase (EPP); dan kemudiannya tidak buat bayaran untuk order yang dibuat.
Apabila customer buat order dengan Public Gold, order tersebut akan dibuka selama 7 hari dan customer kena buat bayaran dalam tempoh tersebut. Sekiranya bayaran tidak diterima dalam tempoh tersebut, order yang dibuat tadi akan dibatalkan dan akaun customer akan disuspend.
Apabila akaun kena suspend, customer tidak boleh buat apa-apa belian emas termasuklah outright purchase, easy payment purchase dan juga belian akaun emas GAP selagi mana bayaran penalti untuk order tersebut tidak dibuat.
Macam mana nak release dari suspend?
Untuk release dari suspend, anda perlu bayar caj penalti yang dikenakan iaitu sebanyak 10% daripada jumlah order yang dibuat.
Walau bagaimanapun, anda perlu merujuk dengan branch terlebih dahulu untuk dapatkan cara dan jumlah bayaran yang tepat yang perlu dibuat ke Public Gold.
Untuk berhubung dengan branch, anda boleh raise helpdesk ticket dari akaun Public Gold. Sila rujuk dengan introducer anda sekiranya perlukan bantuan mengenai helpdesk ini.
Bagaimana pula dengan EPP yang telah dibayar?
Sekiranya anda ada buat EPP, dan tidak bayar mengikut seperti jadual yang telah ditetapkan, akaun anda juga boleh kena suspend.
Untuk release akaun dari suspend (bagi belian emas secara EPP), anda boleh request ke Public Gold dengan menghantar borang Google Form ini.
Duit EPP yang telah anda bayar akan dipulangkan semula selepas ditolak dengan caj penalti yang dikenakan.
Kalau akaun emas GAP, kena suspend tak?
Untuk akaun emas GAP, akaun anda tidak akan disuspend jika bayaran tidak dibuat selepas membuat tempahan. Sistem secara automatik akan cancel tempahan yang dibuat jika pembayaran FPX tidak diterima dalam tempoh kurang dari 1 jam.
Namun begitu, ingin saya ingatkan untuk fikir betul-betul sebelum anda place order di website Public Gold. Kalau anda pasti anda boleh commit untuk buat bayaran secara EPP setiap bulan, atau anda memang boleh bayar order emas yang ingin dibuat, barulah tekan butang Place Order.
Kalau anda rasa tak pasti, lebih baik beli akaun emas GAP. Simpan dan kumpul emas anda dalam akaun emas GAP sikit demi sedikit, kemudiannya baru keluarkan dalam bentuk emas fizikal mengikut pada berat dan design emas yang anda inginkan.
Boleh? Boleh?