Dapat RM1 Juta Dalam Public Gold Award Recognition Night 2023

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Award Star Master Dealer Public Gold dalam ARN 2023

Hari Sabtu, 10 Jun 2023 yang lalu telah berlangsungnya satu event tahunan terbesar Public Gold iaitu Public Gold Award Recognition Night (ARN) 2023 di One World Hotel, Damansara.

Event ini adalah bagi meraikan kejayaan dealer-dealer Public Gold di sepanjang tahun kewangan 2022/2023.

Alhamdulillah, untuk tahun kewangan yang lalu, saya telah berjaya mendapat dua anugerah iaitu:

  • Founder Master Dealer
  • Star Master Dealer
Award Founder Master Dealer Public Gold dalam ARN 2023

Anugerah Founder Master Dealer adalah status dealership yang diberikan apabila seseorang dealer itu berjaya mempunyai 500 orang customer, personal sales sebanyak RM500,000 beserta dengan aktif customer sekurang-kurangnya 300 orang.

Manakala untuk Star Master Dealer pula adalah bagi dealer-dealer Public Gold yang mempunyai lebih dari 1,000 orang customer di bawah empayar mereka.

Seramai lebih 500 orang dealer yang menerima pelbagai anugerah dalam majlis ini.
Dan pada malamnya pula disambung dengan sesi makan malam dan pemberian anugerah yang lebih besar dan hebat.

Bergambar dengan Tuan Syukor Hashim yang dapat RM1 juta dari Public Gold

Dapat RM 1 juta

Dalam sesi malam, Tuan Syukor Hashim, mahaguru emas Malaysia telah menerima cek bernilai RM1,000,000 dari founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng di atas kejayaannya mempunyai 1,000,000 orang customer di bawah empayarnya.

Gais!

RM 1 juta, ok? Bukan sikit-sikit punya duit. Terus jadi jutawan sekelip mata!

Tetapi…sebenarnya perjalanan Tuan Syukor dalam Public Gold ini dah lama. Sejak tahun 2008 lagi. Ketika office Public Gold dekat Bukit Jambul, Pulau Pinang. Dengan kabel-kabel elektrik yang masih terjuntai dekat siling. Belum siap renovate.

Kiranya dah 13 tahun Tuan Syukor bersama dengan Public Gold. Malah beliau juga merupakan dealer Public Gold yang pertama dalam sejarah Public Gold. Serta merupakan dealer yang pertama mempunyai 1 juta orang customer di bawah empayarnya.

Bergambar dengan Tuan Azizi Ali, pakar kewangan Malaysia

Apa pula selepas ini?

So sekarang ni dah pun bermula tahun kewangan yang baharu. Tahun kewangan Public Gold bermula dari bulan April hingga bulan Mac tahun depan.

Dealer Public Gold mempunyai 12 bulan untuk capai target dalam bisnes Public Gold. Jadi saya kena berusaha untuk capai target supaya dapat lagi award untuk ARN yang akan datang pula.

Doa-doakanlah ya. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada saya. 🙏🏼

Galeri Gambar

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment