Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda cara buat bajet gaji bulanan dengan menggunakan formula 50-30-20.
Apakah yang dimaksudkan dengan formula 50-30-20 ni?
Jom teruskan membaca…
Formula 50-30-20
Formula 50-30-20 bermaksud 50% digunakan untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% lagi adalah untuk simpanan.
Apakah yang dimaksudkan sebagai keperluan?
Kita ambil contoh mudah pendapatan anda selepas ditolak cukai dan sebagainya, duit gaji bulanan yang anda dapat adalah RM5,000.
50% Keperluan
Jadi 50% atau RM2,500 dari gaji bulanan anda digunakan untuk keperluan seperti tempat tinggal, makan/minum, pengangkutan, bil utiliti, dan sebagainya.
Apa sahaja yang anda perlukan untuk survive setiap bulan, adalah termasuk dalam kategori 50% keperluan ini.
Bagaimana pula dengan kehendak 30% dari gaji bulanan?
Tetapi sebelum itu, dapatkan buku Bijak Meracang Wang edisi kemaskini dengan harga promosi untuk anda dapat merancang kewangan dengan lebih baik pada tahun ini.
30% Kehendak
Kehendak ini bahasa mudahnya; kalau anda tak beli atau subscribe, pun tak apa. Anda masih boleh hidup seperti biasa. Cumanya, tak best la kan? Kerja penat-penat tapi tak boleh enjoy duit yang anda dapat.
So 30% daripada RM5,000 adalah RM1,500. Jadi anda boleh gunakan duit sebanyak RM1,500 ini untuk shopping, makan dekat luar, untuk hobi, atau pergi gym. Terpulang pada anda nak buat apa dengannya.
Tetapi RM1,500 untuk kehendak ni agak besar sebenarnya. So pandai-pandailah gunakannya dengan sebaiknya.
20% Simpanan
Dan yang terakhir adalah simpanan. Dua puluh peratus dari duit gaji bulanan anda atau RM1,000 digunakan sebagai simpanan dan pelaburan.
Anda boleh simpan 20% ini ke dalam mana-mana instrumen yang memberikan pulangan seperti ASB atau Tabung Haji. Atau boleh juga simpan sebahagiannya dalam bentuk emas seperti goldbar, dinar dan akaun emas Public Gold.
Formula ini hanyalah sebagai panduan dan bukanlah kena betul-betul follow sampai anda terpaksa menjadi susah kerana buat bajet bulanan.
Tetapi kalau langsung tak ada bajet, lagi hidup susah. Sekurang-kurangnya dengan bajet ini anda ada perancangan bagaimana untuk gunakan duit bulanan anda dengan sebaiknya.
Nak lagi tips? Pastikan anda follow channel Telegram saya di https://t.me/pengedaremas