Cara Jual Emas Public Gold

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Nak tahu cara jual semula emas Public Gold? Nak tahu berapa harga yang Public Gold akan ambil? Semuanya akan saya jawab dalam artikel kali ini.

Teruskan membaca.

Secara lazimnya memang kita takkan jual semula emas yang kita simpan selagi tidak terdesak. Kalau boleh, kita cuba simpan emas sampailah kita berjaya capai target simpanan emas kita.

Selagi tak capai target, jangan sesekali jual emas tu. Jual balik emas adalah pilihan kita yang terakhir.

Selagi masih ada lagi duit dalam ASB, dalam Tabung Haji, guna dulu duit tu sebelum cairkan aset-aset simpanan emas anda samada dengan menjualkannya atau digadaikan.

Macam mana nak jual emas Public Gold?

Public Gold mempunyai dua jenis emas iaitu emas fizikal yang terdiri daripada goldbar dan dinar; dan satu lagi adalah akaun emas GAP Public Gold.

Untuk jual balik emas fizikal Public Gold, anda boleh terus ke mana-mana branch Public Gold yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Public Gold mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anda hanya perlu pergi dan bawa bersama emas yang nak dijual beserta dengan MyKAD. Tak perlu pun buat appointment. Boleh terus direct walk-in ke branch untuk jual semula emas tersebut.

Bagi akaun emas GAP pula, ianya boleh dijual terus dari aplikasi atau website Public Gold. Anda boleh jual ke semua emas GAP yang anda ada. Tetapi digalakkan untuk tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram emas sebagai baki minima untuk akaun anda kekal aktif.

Dan Public Gold ambil masa dalam satu hingga dua hari bekerja untuk proses dan buat bayaran ke akaun bank anda.

Berapa harga yang Public Gold akan ambil?

Public Gold akan ambil dalam 6% hingga 9% kurang dari harga PG Sell mengikut pada item yang anda ingin jual semula.

Perbezaan harga jual-beli ini dipanggil sebagai spread atau susut nilai. Dan spread Public Gold adalah antara yang paling rendah jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang menjual-beli emas di Malaysia.

Harga jual beli emas ini anda boleh rujuk di website Public Gold. Jika anda tak pasti macam mana cara nak baca harga emas Public Gold, boleh rujuk dulu artikel penerangan saya tentang cara baca Public Gold price di website.

Anda hanya perlu rujuk harga di bahagian PG Buy sahaja kerana itu adalah harga yang Public Gold akan beli dari anda.

Bagaimana pula dengan harga jual goldbar 1 gram?

Kalau anda perasan, dekat website Public Gold tidak adapun harga PG Buy bagi goldbar 1 gram. (Tengok gambar di atas).

Tapi kalau nak tahu berapakah harga jualan balik goldbar 1 gram, anda boleh rujuk pada harga PG Buy bagi item goldbar 10 gram dan harga itu dibahagikan dengan 10.

Macam mana tu?

Ok sebagai contoh, harga PG Buy untuk item goldbar 10 gram dalam gambar di atas adalah RM2,577. Maka bila dibahagikan dengan 10 ianya akan jadi RM257.70 (atau kita bundarkan menjadi RM258).

Maka harga yang Public Gold akan ambil untuk goldbar 1 gram anda nanti adalah RM258.

Mudah je kan?

Diharap penerangan saya dalam artikel kali ini akan dapat menjawab persoalan anda tentang cara bagaimana untuk jual semula emas Public Gold.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan lain, boleh maklumkan kepada saya. Dan jika anda merasakan artikel kali ini bermanfaat, kongsikan di Facebook dan Twitter.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

36 thoughts on “Cara Jual Emas Public Gold”

  1. Saya nak tanya pada 1/1/2024, saya ada buat buyback emas. Jadi pada 3/1/2024 public gold ada hantar e-mel pengesah wang dah dimasukkan tetapi wang tersebut tak dimasukkan lagi ke akaun bank.

    Reply
  2. Salam tuan. Yang mana lebih baik, simpan emas 100 gram seketul atau simpan emas 100 gram dalam jumlah yang banyak dan bercampur ada goldbar serta emas dinar?

    Reply
  3. Hai saya dah request untuk kosongkan akaun gap, dalam masa yg sama saya tertekan option buyback order physical gold, macam mana ya ?

    Reply
  4. Saya nak tanya kalau jual emas contoh berat 24.56g.. public gold akan kira dlm 24.5g saja atau 24.56g ye?

    Reply
    • Wassalam. Ya cik Shiera. Pastikan cik dah ada akaun Public Gold untuk berurusan di branch bagi tujaun rekod dan resit. Boleh klik link di atas page ini untuk daftar akaun secara percuma.

      Reply
  5. Kalau nak jual emas fizikal public gold kat branch, terus walk in bawa sekali mykad kan.
    Tak ada akaun PG pun boleh jual emas fizikal?

    Reply
    • Wassalam En Azli, boleh. Just bawa je emas tu ke branch Public Gold. Tapi make sure daftar dulu akaun Public Gold sebelum jual ya. Atau boleh WhatsApp saya dengan klik pada button WhatsApp di bawah kanan ni.

      Reply
  6. As salam .. Baru ni saya ada beli 5g gold bar melalui PG website. Tetapi gold bar yang saya terima itu pembuatannya tidak kemas lansung. Banyak kesan potongan melengkung dan terputus putus yang ketara sekeliling 4 segi tepat gold bar tersebut. Bolehkah gold bar itu saya minta PG tukarkan kepada yang lebih sempurna pembuatannya?

    Reply

Leave a Comment