Kesan Cukai Barangan Mewah kepada penyimpan emas

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Cukai Barangan Mewah atau Cukai Barang Bernilai Tinggi bakal dilaksanakan pada bulan Mei tahun ini. Ianya diwujudkan bagi mendapatkan hasil pungutan cukai dari golongan kaya yang berkemampuan dalam membeli barangan mewah dan bernilai tinggi.

Cukai yang dikenakan adalah sebanyak 5 hingga 10 peratus. Namun begitu, cukai ini tidak dikenakan kepada para pelancong bagi menggalakkan mereka untuk datang melancong ke negara ini dan seterusnya negara dapat menjana pendapatan dari sektor pelancongan.

Makanisma pelaksanaan cukai ini masih belum dijelaskan secara terperinci. Walau bagaimanapun, jika emas dikategorikan sebagai barangan mewah, ianya bakal memberikan kesan kepada urusan jual-beli emas di negara ini.

Menurut Utusan Malaysia, dijangkakan pembelian barang kemas yang bernilai lebih dari RM10,000 akan dikenakan cukai. Jika ini terjadi, orang ramai akan kurang membeli barangan kemas dan mula membeli emas seperti goldbar, dinar dan akaun emas sebagai aset simpanan jangka masa panjang.

Dan jika semua kategori emas seperti goldbar, dinar dan akaun emas yang dibeli melebihi RM10,000 turut dikenakan cukai, maka barang-barang lain seperti perabot, perkakasan elektrik, peranti elektronik yang bernilai lebih dari RM10,000 juga berkemungkinan boleh dikenakan cukai kerana dikategorikan sebagai barangan mewah yang bernilai tinggi.

Selain barang kemas, antara barangan mewah yang dijangka akan dikenakan cukai adalah jam tangan bernilai lebih RM20,000 dan kenderaan mewah yang bernilai lebih dari RM200,000.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment