Dapat Cashback Belanja Di PG Mall

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Cashback RM 2.54 dari PG Mall

Salah satu sebab kenapa saya suka beli barang di PG Mall adalah kerana akan dapat cashback bila setiap kali beli barang di sana.

Setiap orang yang beli barang di PG Mall akan dapat 0.5% hingga 2% cashback, bergantung pada level ‘shopper’ seseorang itu. Sebagai customer biasa, kita akan dapat 0.5% cashback untuk setiap pembelian. Tak kisah apa barang yang kita beli di PG Mall, akan dapat 0.5% cashback tersebut.

So kalau kita beli barang RM 100, kita akan dapat cashback sebanyak 50 sen yang akan dikreditkan ke akaun PG Mall pada 25hb dalam bulan berikutnya. Ok la kan, daripada tak dapat apa-apa?

Tapi macam mana nak dapatkan cashback sebanyak 1% hingga 2% tu?

Cashback Sehingga 1% - 2%

Ha, yang tu kita kena jadi dealer Public Gold, barulah dapat cashback sebanyak itu. Untuk mereka yang jadi Normal Dealer, akan dapat 1% cashback. Untuk Priority Dealer pula, akan dapat 1.5% cashback. Dan bagi mereka yang berjaya jadi Master Dealer Public Gold, akan dapat 2% cashback. Best kan?

Orang lain beli barang RM 100 dan dapat 50 sen cashback je. Tapi dealer Public Gold akan dapat cashback sebanyak RM1 hingga RM2. Best betul!

Itu belum lagi kira cashback yang mereka akan dapat apabila customer atau customer kepada customer mereka buat pembelian. Itu pun akan dapat juga cashback. Itulah kelebihan dealer Public Gold yang tak ramai tahu.

Oh ya, cashback PG Mall ini tidak terhad kepada dealer sahaja ya. Even kalau kita sebagai customer dan promote link PG Mall pada orang lain pun kita akan dapat cashback bila orang itu buat pembelian di PG Mall.

Dengan syarat, orang itu perlu daftar terlebih dahulu akaun PG Mall dengan menggunakan link pendaftaran PG Mall kita. Pendaftaran pun percuma. Dan kita akan dapat cashback sehingga 2 level. Iaitu cashback dari customer kita, dan cashback dari customer kepada customer kita.

Dapat Cashback, Dapat Diskaun

Gambar yang saya kongsikan di awal artikel ini adalah gambar cashback belian susu yang saya beli di PG Mall. Memang setiap bulan saya akan beli susu anak di PG Mall. Murah, dapat cashback dan kadang-kadang ada voucher yang boleh kita gunakan untuk dapatkan lebih diskaun.

Kalau pergi dekat Mydin mungkin kena bayar RM 66 tetapi dengan PG Mall boleh dapat diskaun dan free shipping lagi. Tak perlu keluar rumah, tak perlu beratur panjanh. Hanya duduk di rumah dan tunggu barang sampai. Senang betul!

Oh ya, saya beli susu ini pun guna CWallet. Duit yang saya dapat dari cashback dan juga insentif sebagai dealer Public Gold. Untung! Beli barang tanpa guna duit sendiri. 😄

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment