Terdapat tiga cara belian emas Public Gold iaitu beli melalui akaun emas GAP, belian secara terus dan belian secara ansuran (atau juga dikenali sebagai easy payment purchase).
Dan tahukah anda? Ketiga-tiga kaedah belian ini telah pun disahkan patuh syariah oleh Armanie Advisors? Jadi anda tak perlu ragu-ragu untuk berurusan jual-beli emas dengan Public Gold.
Tetapi persoalannya, macam mana nak beli emas secara ansuran? Dan berapa lama ansuran tu boleh dibuat?
Easy Payment Purchase (EPP)
Easy Payment Purchase atau EPP merupakan kaedah belian emas Public Gold secara ansuran. Anda boleh buat ansuran selama 4 bulan (EPP4) atau 10 bulan (EPP10) bergantung pada komitmen bulanan anda.
Kenapa saya katakan komitmen?
Sebab apabila anda bersetuju untuk beli emas Public Gold secara EPP, anda wajib untuk bayar kepada Public Gold mengikut jumlah bayaran yang dipersetujui pada setiap bulan.
Sebagai contoh, harga emas hari ini ketika artikel ini ditulis adalah RM312 segram. Dan anda setuju untuk beli goldbar 10 gram Public Gold yang berharga RM3,120 dengan kaedah bayaran EPP selama 10 bulan. Maka setiap bulan, anda perlu bayar kepada Public Gold sebanyak RM300 (komitmen) sampailah cukup tempoh 10 bulan tadi.
Boleh tak nak bayar lebih setiap bulan?
Boleh! Kiranya lagi cepat anda bayar, lagi cepat la anda habis jumlah bayaran dan lagi cepatlah anda akan dapat emas anda nanti. Tak semestinya kena tunggu sampai cukup 10 bulan pun.
Kelebihan & Kekurangan EPP
Kelebihan belian emas secara EPP ini adalah anda akan dapat lock harga emas dan bayar dengan kadar yang tetap sepanjang tempoh 10 bulan tadi. Sekiranya harga emas naik dalam tempoh tersebut, anda akan tetap bayar kepada Public Gold dengan bayaran bulanan yang sama. Kiranya, anda untunglah. Harga emas dunia naik, tapi anda maintain bayar pada harga yang rendah.
Tetapi, kekurangannya adalah, anda akan tetap kena bayar bulanan yang sama kepada Public Gold walaupun dalam tempoh 10 bulan itu, harga emas dunia turun. Kiranya, anda akan rugi. Sebab harga emas dunia turun, tapi anda masih tetap kena bayar pada harga yang tinggi seperti yang telah dipersetujui.
Batalkan EPP
Boleh tak nak batalkan order EPP semasa masih dalam tempoh EPP?
Boleh. Anda boleh cancel order belian EPP walaupun anda sudah buat bayaran sebelumnya.
Cumanya apabila cancel EPP, anda akan dikenakan penalti sebanyak 10% ke atas nilai emas yang dibeli. Dan anda kena setelkan dulu penalti ini sebelum boleh buat order emas yang baharu.
Selepas dah tolak penalti, barulah baki bayaran yang telah anda bayar sebelum ini akan dipulangkan. Tetapi ini hanyalah sekadar kiraan kasar sahaja. Kiraan yang lebih tepat akan dibuat oleh Public Gold.
Macam mana nak buat EPP Public Gold?
Sebelum anda dapat buat pembelian emas Public Gold secara EPP, anda perlu daftar akaun Public Gold terlebih dahulu. Saya ada terangkan secara detail cara mulakan simpanan Public Gold dalam artikel sebelum ini.
Dan untuk panduan bagaimana untuk buat EPP akan saya kongsikan melalui WhatsApp setelah pendaftaran akaun anda berjaya dilakukan. Untuk makluman anda, belian EPP10 bagi goldbar 10 gram dan 1 dinar Public Gold adalah bergantung pada promosi. Pastikan anda semak promosi Public Gold yang terkini untuk buat belian emas yang terbaik.
Kongsikan komen anda di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Public Gold.