Emas putih bukanlah emas yang terhasil secara semulajadi tetapi ianya adalah emas kuning yang telah dicampurkan dengan logam yang berwarna putih seperti perak, paladium, nikel, rhodium dan lain-lain.
Ketulenan emas putih bergantung kepada berapa banyak logam emas yang terdapat di dalamnya. Sebagai contoh, emas putih 750 bermaksud 75% kandungan logamnya adalah emas, dan selebihnya adalah logam asing.
Begitu juga dengan emas putih 375 yang mempunyai logam emas sebanyak 37.5% dan selebihnya adalah logam asing seperti perak, nikel dan sebagainya. Emas putih 375 juga dikenali sebagai emas suasa.
Emas putih biasanya menjadi pilihan di kalangan orang-orang muda kerana ianya nampak lebih elegan dan kemas. Dan ianya juga menaikkan aura dan kerlipan cahaya pada berlian dan batu permata.
Harga emas putih lebih rendah
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa harga jual balik emas putih adalah lebih rendah berbanding emas 999 dan emas 916. Disebabkan kandungan unsur logam emasnya rendah, maka tak banyak kedai emas dan kedai pajak yang akan ambil emas putih. Kalau ambil pun, mereka akan beli dengan harga yang sangat rendah.
Barang kemas seperti cincin dan rantai yang menggunakan emas putih adalah sesuai dijadikan sebagai simpanan peribadi (sentimental value) dan bukannya sebagai pelaburan. Kalau anda berminat untuk simpan emas sebagai pelaburan, lebih baik anda dapatkan goldbar, dinar atau akaun emas yang berketulenan 999 kerana 99.9% kandungannya terdiri daripada emas.
Rujuk artikel tips beli emas yang saya kongsikan dalam website saya sebelum ini.
Beza emas putih dan perak
Warna emas putih adalah seakan-akan sama seperti warna perak tetapi harga emas putih lebih mahal berbanding perak kerana unsur logam emas yang terdapat di dalamnya.
Emas putih juga tidak boleh dipakai oleh orang lelaki kerana orang lelaki haram untuk memakai emas. Jadi kalau anda nak belikan cincin untuk teman lelaki atau suami, pastikan cincin yang anda beli adalah cincin perak dan bukannya cincin emas putih.
Selain dari itu, warna emas putih lebih tahan lama dan tahan lasak. Berbeza dengan warna perak yang akan semakin pudar apabila dipakai hari-hari disebabkan ianya mudah teroksida dengan udara. Namun begitu, logam perak boleh dicuci dan dibersihkan semula bagi menaikkan semula seri kecantikannya.
Nak beli emas kuning, putih atau perak?
Jika anda ingin menyimpan dan melabur dalam emas, belilah emas kuning yang mempunyai ketulenan 999 yang juga dikenali sebagai emas 999. Emas 999 adalah lembut dan oleh itu ianya tidak sesuai dijadikan sebagai barang kemas. Untuk itu, anda boleh beli emas 999 dalam bentuk goldbar, dinar dan akaun emas.
Beli emas putih jika anda memang tidak berhasrat untuk menjualnya semula kerana emas putih lebih kepada collection dan sesuai dijadikan sebagai simpanan peribadi. Kalau nak jual pun, kedai emas tidak ambil dengan harga yang tinggi maka lebih baik anda simpan sebagai kenangan.
Beli perak jika anda mempunyai modal yang kecil. Sebab harga perak lebih murah berbanding emas dan emas putih. Tetapi ianya mempunyai harga yang tinggi apabila anda nak jualnya semula.
Tips nak jual atau pajak emas putih
Kalau anda nak jual atau pajak emas putih, pastikan anda mempunyai resit pembelian atau kad ketulenan emas putih anda. Ini adalah sebagai dokumen sokongan bagi membolehkan anda jual dengan harga sedikit tinggi berbanding jika anda tidak mempunyai apa-apa dokumen sokongan emas tersebut.
Selain dari itu, pastikan anda buat survey beberapa kedai sebelum buat keputusan untuk menjualnya. Mana tahu ada rezeki anda dapat kedai yang beli emas putih terpakai dengan harga yang tinggi.
Atau nak mudah, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Public Gold dan jual emas terpakai anda untuk dapatkan cash pada hari yang sama.
Sebagai kesimpulan, emas putih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun kilauan putihnya nampak sangat cantik dan naik apabila dipadankan dengan berlian dan batu permata, tetapi harganya lebih rendah apabila hendak dijual semula.
Pastikan anda tahu apakah tujuan anda nak beli emas. Buat survey dan study terlebih dahulu sebelum buat sebarang pembelian. Yang pasti, make sure anda beli emas dan dapat emas.