Bayangkan situasi ini: anda tiba-tiba kehilangan kerja dan memerlukan wang dengan segera. Adakah wang simpanan anda mencukupi? Mengejutkan apabila kajian menunjukkan 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya emas boleh menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan. Ia bukan sahaja dapat melindungi nilai wang anda daripada inflasi, tetapi juga mudah untuk ditukarkan kepada tunai apabila diperlukan.
Jom! Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana emas boleh menjadi dana kecemasan yang terbaik untuk anda.
Apa itu dana kecemasan?
Dana kecemasan adalah wang yang disimpan khas untuk situasi yang tidak terduga. Ia seperti pelindung kewangan anda apabila masalah datang secara tiba-tiba. Contohnya, apabila anda kehilangan kerja atau perlu membayar bil hospital dengan jumlah yang sangat besar.
Dana kecemasan mestilah mudah dicairkan apabila diperlukan. Contohnya seperti jual emas di kedai untuk dapatkan duit, atau boleh terus jual secara online untuk akaun emas.
Kenapa emas dijadikan sebagai dana kecemasan?
Tahan inflasi - Emas sangat bagus untuk melindungi nilai wang dari inflasi. Apabila harga barang naik, nilai emas juga biasanya akan turut naik. Ini bermakna kuasa beli anda akan kekal terjaga walaupun ekonomi tidak stabil.
Selamat semasa krisis - Semasa ekonomi tidak menentu, emas akan tetap stabil. Ramai orang akan berlari kepada emas apabila pasaran saham jatuh atau nilai mata wang merosot. Ini menjadikan nilai emas sentiasa selamat dalam ketika krisi kewangan.
Senang nak cairkan - Anda boleh jual atau gadai emas dengan mudah di kedai emas atau Ar-Rahnu. Proses ini cepat dan tidak rumit. Hanya bawa emas dan kad pengenalan; dan boleh terus jual atau gadai.
Kurang risiko duit bocor - Bila simpan dalam bentuk emas, anda akan lebih sayang untuk jual emas tersebut melainkan terdesak. Berbeza dengan simpan duit, confirm kita akan guna dan belanjankan.
Kelemahan emas sebagai dana kecemasan
Memang tak dinafikan, setiap perkara akan ada risiko dan kelemahannya. Begitu juga dengan emas sebagai dana kecemasan ini.
Risiko kehilangan dan kecurian - Emas fizikal seperti gold bar dan dinar boleh hilang atau dicuri bila tidak dijaga dengan baik. Anda perlu lebih berhati-hati bila simpan emas di rumah. Nak selamat, anda boleh simpan di peti simpanan Public Gold seperti yang saya kongsikan di sini.
Harga turun naik - Harga emas boleh berubah-ubah dalam masa singkat. Kalau anda terdesak nak jual masa harga rendah, anda mungkin rugi. Ini boleh menjejaskan nilai dana kecemasan kewangan anda.
Kos penyimpanan tinggi - Kalau tak nak simpan emas di rumah, anda boleh simpan emas di peti keselamatan. Tetapi ada kos yang perlu ditanggung kerana anda perlu sewa peti simpanan tersebut dan akan menjadi kos tambahan anda setiap tahun.
Tiada untung tambahan - Emas tidak akan berikan anda dividen atau bonus. Nilai emas yang anda simpan akan meningkat (atau berkurang) mengikut pada pasaran semasa. Namun begitu, nilai emas akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Nak simpan emas berapa banyak sebagai dana kecemasan?
Pakar kewangan sarankan untuk bahagi dana kecemasan sama rata. Simpan 50% dalam tunai dan 50% dalam emas. Ini bagi seimbangkan antara keperluan segera dan nilai jangka panjang.
Selain itu, anda juga perlu tengok beberapa perkara sebelum dapat buat keputusan berapa banyak emas yang perlu anda simpan sebagai dana kecemasan, seperti:
- Berapa jauh kedai emas atau Ar-Rahnu dari tempat anda
- Adakah anda suka berbelanja dengan wang tunai
- Di manakah anda simpan emas anda
Namun begitu, nisbah ini boleh berubah mengikut kesesuaian anda. Sekiranya pendapatan bulanan anda tidak tetap, digalakkan untuk lebihkan simpanan dalam bentuk tunai.
Tetapi kalau anda risau dengan inflasi, lebihkan bahagian simpanan emas anda. Yang penting, anda selesa dengan pembahagian yang anda buat.
Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Ada orang suka simpan 70% dalam bentuk emas sebab dia takut duit simpanan dia bocor. Tetapi ada juga yangpilih 70% dalam bentuk tunai sebab dia memerlukannya untuk keperluan perbelanjaan seharian.
Apakah jenis emas yang sesuai untuk dijadikan sebagai dana kecemasan?
Gold Bar - Merupakan pilihan terbaik sebagai dana kecemasan. Ia lebih murah dari segi kos pemprosesan berbanding barang kemas. Nilai ketulenannya juga tinggi, jadi sangat sesuai untuk dibuat sebagai dana kecemasan apabila diperlukan.
Akaun Emas (GAP) - Kalau anda risau tentang keselamatan, cuba simpan emas dalam akaun emas GAP Public Gold. Anda tak perlu risau tentang kehilangan atau kecurian emas kerana emas anda disimpan dengan selamat di Public Gold. Akaun emas GAP juga senang untuk dijual bagi mendapatkan duit tunai.
Dinar - Pun boleh dijadikan sebagai pilihan yang bagus. Ia senang untuk dijual sebab saiznya kecil dan standard. Selain sebagai dana kecemasan, dinar juga selalu dijadikan sebagai hantaran perkahwinan.
Jadi, kalau nak beli emas, pastikan anda beli emas dari kedai yang dipercayai seperti di Public Gold. Simpan resit pembelian emas anda dengan baik. Ini penting apabila anda nak jual atau gadai emas tu nanti.
Berapa banyak emas yang perlu anda simpan?
Katakan perbelanjaan bulanan keluarga anda adalah RM3,000. Anda perlu simpan sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan. Ini bermakna dana kecemasan anda sepatutnya RM9,000.
Kemudian bahagikan nilai RM9,000 kepada dua iaitu 50% dalam bentuk wang tunai dan 50% lagi dalam bentuk gram emas.
Ambil contoh harga emas hari ini adalah RM450 segram. Maka, nilai gram emas yang perlu anda simpan sebagai dana kecemasan bersamaan dengan 10 gram emas.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, emas sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangan sebagai dana kecemasan. Tetapi yang penting, ia boleh menjadi pelindung kewangan anda ketika diperlukan. Gabungkan simpanan emas anda dengan wang tunai bagi mendapatkan perlindungan yang lengkap.
Jangan tunggu sampai terdesak baru nak mula menyimpan. Mulakan hari ini dengan membeli emas sedikit demi sedikit dan disimpan secara konsisten. Ingat, dana kecemasan yang baik bukan sahaja tentang berapa banyak yang anda simpan, tapi juga bagaimana anda menyimpannya.