Gold bar terbesar di dunia telah dihasilkan oleh Emirates Minting dengan berat sebanyak 300 kilogram dan seterusnya menjadi pemegang rekod terbaharu bagi gold bar terbesar di dunia dalam Guinness World Records.
Gold bar ini telah dipamerkan buat kali pertama di Dubai Precious Metals Conference 2024 yang diadakan pada 20 November 2024 baru-baru ini.
Jika mengikut harga pasaran emas semasa, gold bar 300 kilogram ini bernilai sebanyak RM120,000,000 (RM120 juta).
Rekod gold bar terbesar sebelum ini dipegang oleh Mitsubishi Materials Corporation dengan berat sebanyak 250 kilogram yang kini ada dipamerkan di Tai Gold Museum, Jepun.
Di Malaysia, kita juga ada mempunyai gold bar yang terbesar iaitu emas seberat 12.5 kilogram yang dipamerkan di Menara Public Gold, Kuala Lumpur.
Jika anda berpeluang untuk ke Menara Public Gold, jangan lepaskan peluang untuk pegang dan bergambar sendiri dengan gold bar ini.
Sumber: FB Dato' Wira Louis Ng