Gold In Transit (GIT) adalah perkhidmatan penghantaran emas yang disediakan oleh Public Gold khusus kepada pembeli dan pelanggan Public Gold.
Dengan GIT, kita boleh request Public Gold untuk hantar emas yang kita beli terus ke rumah dengan caj penghantaran yang sangat minima.
Caj yang dikenakan hanyalah RM10 sahaja (atau RM20 untuk Sabah/Sarawak) bagi setiap parcel dengan berat emas maksimum 21.25 gram.
Perkhidmatan GIT ini pula dilindungi dengan insurans dan kita sebagai pembeli emas Public Gold tidak perlu risau dengan penghantaran yang dibuat kerana telah dijamin oleh Public Gold.
Bagaimana untuk mohon GIT ini?
Terdapat dua (2) cara untuk kita gunakan perkhidmatan GIT?
Cara pertama - GIT Withdrawal (akaun emas GAP)
GIT Withdrawal adalah kaedah untuk kita keluarkan emas dari akaun emas GAP dan emas tersebut akan dihantar ke rumah dengan menggunakan perkhidmatan GIT.
Terdapat dua (2) caj yang akan dikenakan apabila kita buat GIT Withdrawal iaitu:
- Caj Gold Premium - caj yang dikenakan untuk setiap pembelian atau pengeluaran emas fizikal seperti gold bar dan dinar
- Caj GIT - caj penghantaran emas ke rumah
Cara kedua - GIT (outright purchase / easy payment purchase)
Apabila kita membuat pembelian emas di laman web Public Gold samada secara outright purchase atau easy payment purchase, kita boleh request Public Gold untuk hantar emas tersebut ke rumah dengan menggunakan GIT.
Tetapi syaratnya adalah:
- Berat item emas adalah 21.25 gram dan ke bawah
- Status order adalah Sales & Credit Approved
- Maklumat peribadi telah dikemaskini
- Salinan MyKAD depan dan belakang telah dimuatnaik ke laman web Public Gold
Apabila semua syarat di atas telah dipenuhi, barulah kita boleh request GIT emas tersebut ke rumah.
Sejujurnya, saya amat gembira apabila Public Gold memperkenalkan perkhidmatan GIT ini dalam bulan November 2020 yang lalu. Ianya sangat mudah dan kita sebagai pembeli tidak perlu keluar rumah untuk pergi ambil emas yang telah dibeli.
Dengan Public Gold, semuanya dibuat secara online. Bermula dari proses pembukaan akaun, pembelian emas, sehinggalah emas sampai ke tangan. Mudahkan?
Jika anda berminat untuk mulakan simpanan emas Public Gold, boleh terus hubungi saya untuk bantuan dan bimbingan.