Dikemaskini pada 2 Oktober 2024.
Public Gold ada dua jenis emas iaitu emas fizikal seperti goldbar, dinar dan juga akaun emas GAP. Tetapi antara goldbar, dinar dan akaun emas ini, yang manakah paling berbaloi untuk anda beli?
Beli Akaun Emas - Bajet RM100 atau 1 gram
Kalau anda hanya ada bajet RM100, anda boleh beli akaun emas GAP. Ini kerana akaun emas GAP boleh dibeli serendah RM100 atau 1 gram dan ke atas. Ketika artikel ini ditulis, harga akaun emas adalah sekitar RM387 segram.
Ianya juga sangat sesuai kepada mereka yang baru nak mula menyimpan emas sebab modal yang diperlukan adalah sangat minima. Lagipun, akaun emas GAP ini tidak ada komitmen dan anda tidak akan rasa terbeban untuk membeli emas.
Dan anda juga tidak perlu risau untuk pegang emas sendiri kerana emas anda disimpan dengan selamat oleh Public Gold. Dan jika anda nak merasa pegang sendiri emas yang anda dah simpan dalam akaun emas, anda boleh request dengan Public Gold untuk keluarkan emas dalam bentuk goldbar atau dinar.
Beli Dinar - Bajet atas RM1,600 (atau RM160 sebulan)
Kalau anda ada bajet dalam RM1,600 dan ke atas, anda boleh beli syiling dinar Public Gold. Berat syiling 1 dinar ini adalah 4.25 gram dan pada masa-masa tertentu, Public Gold ada buat promosi di mana anda boleh beli 1 dinar ini dengan 10 kali bayaran.
Kaedah pembayaran ini dipanggil sebagai EPP10 (Easy Payment Purchase) di mana harga 1 dinar emas itu akan dipecahkan kepada 10 kali bayaran selama 10 bulan.
Jadi sebagai contoh harga 1 dinar itu adalah RM1,600 maka ianya akan dibahagikan kepada 10 bulan menjadikan harganya kepada RM160 sebulan. Sepanjang tempoh 10 bulan itu anda akan bayar kepada Public Gold dengan harga RM160 sebulan sehinggalah cukup jumlahnya.
Bila cukup je jumlah bayaran, barulah anda akan dapat syiling 1 dinar tersebut dan dapat pegang emas fizikal di tangan.
Beli Goldbar - Bajet atas RM3,800 (atau RM380 sebulan)
Kalau anda ada bajet besar sikit, boleh beli goldbar 10 gram. Kenapa 10 gram dan bukan 1 gram? Sebab kalau nak beli goldbar 1 gram harganya mahal. Harga goldbar 1 gram adalah bersamaan dengan RM440.
Tetapi untuk goldbar 10 gram, anda boleh dapat dalam harga RM3,800 (bergantung pada harga semasa) yang bersamaan dengan RM380 segram sahaja. Dan goldbar 10 gram ini juga boleh dibeli secara EPP10 iaitu boleh dibeli dengan 10 kali bayaran seperti 1 dinar tadi.
Jadi anda tidaklah rasa terbeban untuk bayar sekaligus RM3,800 untuk dapatkan goldbar 10 gram sebab pembelian itu boleh dipecahkan kepada 10 bulan. Habis je bayar dan anda akan dapat goldbar 10 gram yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.
Kalau tak nak pening kepala…
Kalau susah sangat tak tahu nak pilih mana, mulakan dulu dengan akaun emas GAP Public Gold. Itu adalah cara yang terbaik.
Mulakan dengan nilai RM100. Bila dah faham dengan konsep menyimpan emas, barulah besarkan sikit nilai simpanan emas dengan beli 1 gram emas, 1 dinar, dan seterusnya.
Yang penting kena tahu tujuan, matlamat dan bajet seperti yang saya kongsikan dalam artikel cara mulakan simpanan emas. Bila dah tahu tiga perkara ini, barulah mudah untuk anda decide yang mana satu patut anda beli.