Beza Gold Bar, Dinar dan GAP

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Public Gold menyediakan pelbagai produk emas seperti gold bar, dinar dan juga akaun emas atau juga dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP). Selain daripada produk-produk ini, Public Gold juga turut menyediakan produk seperti barang kemas dan juga barang-barang harian seperti yang disediakan di PG Mall.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda perbezaan antara gold bar, dinar dan juga GAP. Tetapi sebelum itu, saya ingin berkongsi dengan anda tentang spread.

Apa itu spread?

Spread adalah perbezaan harga beli dan harga jual. Sebagai contoh, kita gunakan gambar di atas untuk pengiraan.

Kalau kita nak beli gold bar 10g, kita akan tengok pada harga PG Sell. Harganya adalah RM2,740. Dan kalau kita nak jual semula gold bar 10g itu tadi, kita akan tengok pada harga PG Buy iaitu RM2,493.

Perbezaan harga PG Sell dan PG Buy inilah yang dikatakan sebagai spread. Spread untuk gold bar 10g adalah RM247 iaitu bersamaan dengan 9%. Jadi di sini kita tahu bahawa spread untuk gold bar 10g adalah 9%. Untuk makluman, spread untuk produk emas Public Gold adalah di antara 6%-9%.

Gold Bar

Ok berbalik pada topik artikel kita ini. Terdapat 2 jenis emas fizikal yang dijual oleh Public Gold iaitu gold bar dan juga dinar. Gold bar merupakan emas berbentuk segi empat yang mempunyai berat yang bermula dari 0.5g, 1g, 10g, 20g sehinggalah ke 1kg. Semakin berat emas tersebut, semakin kecil nilai spreadnya.

Ini bermakna, kita sebagai pembeli akan lebih jimat jika dapat beli emas yang lebih berat. Cumanya lagi berat emas, lagi besar modal yang diperlukan untuk membelinya.

Dinar

Dinar pula adalah syiling emas. Terdapat tiga jenis dinar yang dijual oleh Public Gold. Iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Berat untuk setiap dinar ini berbeza.

  • 1 dinar = 4.25g
  • 5 dinar = 21.25g
  • 10 dinar = 42.50g

Dan sudah semestinya harganya turut berbeza. Bergantung pada individu, sesetengah orang suka beli dinar berbanding dengan gold bar sebab harganya dalam medium range.

Kalau gold bar 10g, harganya dalam RM2,000 lebih. Tetapi dinar, harganya dalam RM1,000 lebih sahaja.

Kelebihan kita mempunyai emas dalam bentuk fizikal adalah kita dapat pegang dan rasa sendiri berat emas itu di tangan kita. Pernah rasa macam mana berat emas 10g berada di tapak tangan?

Gold Accumulation Program (GAP)

Tetapi bagaimana pula kalau kita ada bajet kurang dari RM1,000? Itulah gunanya GAP.

GAP Public Gold adalah satu program yang disediakan oleh Public Gold untuk kita menyimpan emas dalam bentuk akaun emas. Ini bermakna, kita boleh beli emas dengan harga serendah RM100 sahaja dan akan dapat emas dalam bentuk akaun.

Kalau nak terus beli emas 1g pun boleh. Harga semasa pada hari ini adalah RM278/g. Yang penting minimum pembelian akaun GAP adalah RM100. Murah dan sangat bersesuaian kalau kita ada bajet bulanan yang kecil untuk menyimpan emas.

Walaupun ianya adalah akaun emas, tetapi emas yang kita beli itu terikat dengan emas fizikal yang disimpan oleh Public Gold. Jadi kita tak perlu risau untuk cari tempat yang selamat untuk simpan emas. Sebab emas yang dibeli melalui GAP akan dijaga oleh pihak syarikat secara percuma.

Yang menarik tentang akaun GAP ini adalah kita boleh tebus emas GAP ke dalam bentuk fizikal. Sebagai contoh, dalam akaun GAP kita ada 15g dan kita berminat untuk keluarkan 10g dari akaun GAP kepada gold bar.

Kita boleh keluarkan 10g tadi dan tinggalkan baki 5g emas kita dalam akaun GAP. Cumanya kena tambah sedikit harga premium (bergantung pada berat emas) dan mesti tinggalkan sekurang-kurangnya 1g emas dalam akaun GAP.

Jelas?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk membuka akaun GAP, boleh hubungi saya atau hantarkan komen di bawah.

Fauzi Mohd Darus
Public Gold Master Dealer (PG00292269)
WhatsApp | Telegram

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment