Anda ada emas terpakai yang nak dijual tapi tak tahu nak jual dekat mana? Dan nak jual emas terpakai dengan harga yang tinggi?
Tetapi sebelum itu, emas terpakai macam mana yang boleh anda jual?
Emas terpakai yang boleh dijual di Public Gold
Mungkin anda mempunyai barang kemas lama seperti cincin, gelang, rantai ataupun goldbar dan dinar emas yang dah lama anda simpan. Atau mungkin juga anda ada emas peninggalan ahli keluarga sebelum ini dan anda berhasrat untuk menjualnya untuk dapatkan duit tunai.
Anda boleh bawa barang kemas tersebut ke mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda untuk dijual. Item yang perlu anda bawa sebelum ke branch adalah:
- MyKAD
- Emas terpakai yang nak dijual
Tetapi, sebelum pergi ke branch, pastikan anda daftar terlebih dahulu akaun Public Gold. Ianya bagi mempercepatkam proses urusan di kaunter sebab segala maklumat dah pun siap diisi sebelum anda ke branch nanti.
“Kenapa kena daftar akaun? Saya nak jual je, bukannya beli.”
Mana-mana kedai emas pun akan minta maklumat customer untuk tujuan rekod dan resit. Begitu jugalah dengan Public Gold. Jadi better daftar dulu akaun siap-siap supaya anda tak kalut nanti.
"Emas patah, bengkok, kemik pun boleh dijual ke?"
Selagi mana ianya emas, anda boleh jual emas anda dengan Public Gold. Tak kisah samada ianya patah, bengkok, kemik, Public Gold akan timbang dan uji ketulenan emas dan berikan harga.
Kalau anda setuju dengan harga yang ditawarkan, anda boleh proceed untuk jual emas terpakai anda dengan Public Gold pada harga yang tinggi dari pasaran.
Anda boleh rujuk harga jual emas terpakai di website Public Gold yang dikemaskini setiap jam 9 pagi dan 1 tengahari setiap hari. Harga yang dipaparkan adalah untuk emas berketulenan 999 dan 916.
Baca: Beza Emas 999 dan 916
Pengalaman jual emas terpakai di Public Gold
Saya pernah beberapa kali jual emas terpakai di Public Gold. Kebetulan isteri saya nak jual barang kemas dia untuk “upgrade” kepada barang kemas yang lain.
Disebabkan saya dah ada akaun Public Gold, maka saya terus ke branch Public Gold Senawang yang dekat dengan rumah saya. Tak perlu pun buat appointment. Boleh terus direct walk-in sahaja.
Branch Public Gold di buka setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dan hari Sabtu hanya dibuka pada minggu ke-4 sahaja.
Tetapi kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur, boleh terus ke Menara Public Gold yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menara Public Gold dibuka setiap hari dan anda boleh datang pada bila-bila masa antara jam 10 pagi hingga 5 petang untuk jual emas terpakai anda.
Ok bila dah sampai branch, saya disambut oleh anggota polis yang bertugas dan diminta isi nama dalam buku log untuk tujuan rekod. Kemudian tunggu la turn saya dipanggil.
Apabila sampai giliran, saya serahkan barang kemas terpakai yang nak dijual tu kepada staff yang bertugas. Kemudian, staff ambil barang kemas tadi dan ditimbang dan seterusnya diuji ketulenan dia.
Tetapi ada satu rantai tangan tu mempunyai loceng. Staff Public Gold tanya dulu memang nak jual ke emas tu. Sebabnya dia nak kena buka loceng rantai tangan tu untuk buang “batu” dalam loceng tadi.
Kalau saya setuju, baru dia buka. Kalau tak setuju, dia tak buka dan tak timbang rantai tangan tu untuk jual. Tapi sebab memang saya nak jual, saya setuju je untuk loceng tu dibuka dan dibuang “batu”nya.
Perlu tak bawa resit asal pembelian? Tak perlu pun. Macam saya katakan tadi, just bawa je MyKAD dan emas yang nak dijual ke branch Public Gold.
Selepas dah timbang dan uji ketulenan, staff akan buat kiraan dan bagitahu berapakah nilai harga yang dibeli oleh Public Gold. Jika setuju, staff akan minta MyKAD dan buka resit pembelian.
Staff akan bayar cash untuk barang kemas yang bukan brand Public Gold. Tetapi kalau anda nak duit tu ditransfer masuk ke dalam akaun bank, proses transfer akan dibuat oleh HQ Public Gold dan duit akan masuk ke dalam akaun dalam hari esok atau lusa hari bekerja.
Nak jual dan tukar dengan goodbar/dinar Public Gold
“Boleh tak nak terus tukar emas terpakai tu dengan goldbar atau dinar Public Gold?”
Boleh. Tapi tak boleh tukar direct.
Kena jual dulu barang kemas terpakai tu, dapatkan duit, kemudian baru beli goldbar atau dinar Public Gold.
Public Gold tak buat trade in. Semuanya mesti kena jual dulu, baru boleh buat belian yang baru.
Kalau anda ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang cara nak jual emas terpakai dengan Public Gold dan dapatkan harga yang lebih tinggi, boleh hantarkan komen di bawah.
Hai saya nak jual barang kemas terpakai yg dah patah dan putus.
boleh cadangkan public gold cawangan mana yg terdekat dengan rumah saya seksyen 29 shah alam?
Boleh terus ke Bandar Sunway ya.
Berapa kadar susut nilai sekarang jualan emas terpakai di Public Gold
Boleh rujuk harga di website publicgold.com.my ya.