Ramai orang yang search tentang keburukan Public Gold di Google. Mereka mungkin nak tahu apakah keburukan Public Gold sebelum mereka dapat buat keputusan untuk mulakan simpanan emas dengan Public Gold.
Jadi dalam artikel ini, saya kongsikan dengan anda di antara keburukan dan tanggapan buruk orang ramai terhadap Public Gold.
Adakah ianya benar? Teruskan membaca.
Keburukan #1 - Harga emas Public Gold mahal
Untuk pengetahuan anda, harga emas Public Gold adalah mengikut pergerakan harga emas dunia. Jika harga emas dunia turun, harga emas Public Gold juga akan turun. Dan jika harga emas dunia naik, harga emas Public Gold juga akan naik.
Ianya berbeza dengan syarikat-syarikat lain yang menjual emas di Malaysia di mana kebanyakkannya tidak mengikut harga emas dunia. Malah ada di antaranya menjual emas dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.
Harga emas Public Gold hanya akan jadi mahal jika harga emas dunia menjadi mahal. Dan harganya pula berubah setiap 20 minit setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana pasaran emas ditutup pada hujung minggu.
Jadi anggapan harga emas Public Gold itu mahal adalah tidak benar. Atau mungkin juga kerana mereka yang kata harga Public Gold ni mahal sebab tak tahu tips untuk dapatkan goldbar Public Gold dengan harga yang jimat?
Keburukan #2 - Caj postage mahal
Public Gold ada menyediakan perkhidmatan penghantaran emas yang dipanggil sebagai GIT (Gold In Transit) kepada pelanggan untuk item emas yang kurang dari 21.5 gram (atau bersamaan dengan 5 dinar). Penghantaran ini tidaklah percuma dan pelanggan perlu membayar caj penghantaran sebanyak RM10.
Ada yang menganggap caj RM10 ini mahal. Tetapi jika dikira semula, caj penghantaran ini adalah berbaloi dengan kos item emas yang dibeli. Kerana ianya lengkap dengan insurans.
Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada item emas yang dihantar, Public Gold akan gantikan dengan emas yang baharu. Jadi caj postage ini tidaklah mahal kerana emas anda dilindungi dengan insurans dan anda tidak perlu risau tentang keselamatan emas anda sepanjang proses penghantaran.
Oh ya, anda juga tidak perlu bersesak-sesak untuk keluar dari rumah untuk ke branch. Hanya tunggu je emas sampai di rumah dengan senyuman.
Keburukan #3 - Beli emas tapi tak dapat emas
Sepanjang saya menyimpan emas dengan Public Gold, belum pernah lagi saya dengar kes customer yang beli emas dan tak dapat pun emas mereka.
Kesemua customer Public Gold yang beli emas, akan dapat emas. Melainkan jika customer tersebut beli akaun emas GAP.
Untuk makluman anda, akaun emas GAP adalah emas fizikal yang disimpan di Public Gold.
Jika customer memilih untuk beli akaun emas ini, memang emas ini tidak disimpan di tangan mereka kerana ianya disimpan di pusat simpanan emas Public Gold dengan selamat.
Walau bagaimanapun, customer boleh request untuk keluarkan emas dari akaun emas GAP jika mereka mahu.
Konsep sama seperti akaun bank. Akaun bank, kita simpan duit dan bila-bila masa kita boleh keluarkan duit dari akaun bank kita. Akaun emas pula, kita simpan emas dan bila-bila masa kita boleh keluarkan emas dari akaun emas kita.
Mudah kan?
Keburukan #4 - Susut nilai emas Public Gold tinggi
Ini satu lagi keburukan yang kerap disalah anggap oleh orang ramai. Mereka menganggap susut nilai emas Public Gold adalah tinggi.
Tetapi, yang sebenarnya susut nilai Public Gold adalah antara yang terendah di Malaysia.
Susut nilai emas Public Gold di antara 6% hingga 9%. Lagi besar dan berat emas yang dibeli, lagi kecil dan murah susut nilai emasnya.
Ianya berbeza dengan susut nilai di syarikat-syarikat emas yang lain di mana susut nilai emas mereka boleh mencapai sebanyak 40%!
Ya! 40%! Tinggi! Mahal tu?!?!
Bayangkan anda beli emas dengan harga RM1,000 kemudian kedai tersebut beli semula dengan harga RM600. Anda dah pun rugi sebanyak RM400 macam tu je.
Berbeza dengan Public Gold yang akan beli semula emas anda dengan harga RM910. Anda hanya rugi RM90 sahaja dengan Public Gold tetapi untung RM310 berbanding dengan syarikat emas yang lain. Beza banyak kan?
Jadi, kalau nak beli emas atau nak jual balik emas, buatlah dengan Public Gold.
Keburukan #5 - Emas Public Gold tak laku
Nak tergelak pun ada bila baca statement ni. Serius la emas Public Gold tak laku? Siapa kata? 😂
Kalau emas Public Gold tak laku, takkan la Public Gold boleh jual lebih dari 70 tan emas dan beli balik sebanyak 38 tan emas sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2008. Sangat tak logik dan tak masuk akal.
Kalau Public Gold tak laku, mana mungkin orang boleh continue beli emas Public Gold sehingga kini? Mesti la orang takut dah nak beli emas Public Gold kalau dah tahu ianya tak laku kan?
So kata-kata yang mengatakan emas Public Gold tak laku ni sangatlah tak berasas.
Daftar akaun Public Gold
Saya sebagai dealer Public Gold akan bantu untuk berikan panduan dan tips macam mana nak mulakan simpanan emas dengan Public Gold.
Pendaftaran akaun Public Gold pun percuma sahaja dan tidak ada sebarang caj yang dikenakan.
Selepas daftar, anda hanya tinggal buat pembelian emas sahaja. Itu pun anda boleh beli emas serendah RM100.
Murah kan?
So apa tunggu lagi? Mulakan simpanan emas pertama anda dengan daftar akaun secara percuma di bawah.
Hi. Saya nak tanya, kenapa ye harga emas yg dijual di public gold lagi tinggi dari harga pasaran? Saya tengok harga pasaran tu pada website yang ade disediakan dalam apps public gold. Cth harga pasaran tu saya tengok max 358/gram, tp di public gold dijual 383/gram. Atau saya yang tak pandai tengok graf tu? Boleh terangkan tak.
Harga pasaran adalah harga emas yang belum diproses. Apabila telah diproses dan sebagainya, maka ada perubahan pada harga emas yang Public Gold tetapkan. Cik juga boleh bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di kedai lain untuk semakan dan rujukan.
Kenapa ada susut nilai emas jika harga emas dunia ada naik dan turun? Macam mana yang dikatakan nilai emas menyusut pada masa harga emas dunia naik? Seolah-olah macam beli harga RM50, bila harga emas dunia naik dan kita nak jual harga masih RM50 sebab susut nilai emas.
Itu yang dinamakan sebagai susut nilai atau spread harga iaitu beza harga jual dan harga beli.
kenapa kita beli harga mahal tapi bila jual balik dekat pg harga nya jadi turun ? padahal harga emas mula naik ?
Sebab ada beza margin harga jual dan beli. Sama macam jual beli emas di kedai akan ada perbezaan harga.
Kalau sy dpt hadiah emas dari seseorang dan sy hendak jual emas itu,boleh ke jual balik kat public gold?
Boleh. Make sure daftar dulu akaun Public Gold sebelum jual ke branch ya. Boleh WhatsApp saya untuk cara pendaftaran.