Keluarkan Semua Akaun Emas GAP

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Bermula 1 Ogos 2024 ini, anda boleh keluarkan atau jual kesemua emas dari akaun emas GAP anda tanpa perlu tinggalkan baki minima.

Ini adalah salah satu penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Public Gold bagi memastikan keselesaan dan memudahkan urusan customer yang menyimpan emas dalam akaun emas GAP.

Jika sebelum ini, Public Gold menetapkan syarat seperti bank di mana customer kena tinggalkan baki sekurang-kurangnya 1 gram emas dalam akaun emas GAP bagi memastikan akaun tersebut aktif.

Namun begitu, syarat ini telah pun dimansuhkan dan customer Public Gold kini boleh keluarkan atau jual ke semua emas GAP mereka tanpa perlu tinggalkan baki 1 gram dalam akaun emas GAP.

Kenapa akaun emas GAP?

Akaun emas GAP menjadi pilihan ramai customer Public Gold kerana mereka boleh beli emas serendah RM100 dan emas tersebut akan disimpan di Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan.

Emas yang disimpan itu pula boleh dikumpul sikit demi sedikit dan dikeluarkan ke dalam bentuk fizikal melalui GIT Withdrawal atau boleh collect di branch jika berat emas yang ingin dikeluarkan melebihi 21.25 gram.

Sebagai contoh, kita mungkin sedikit ralat nak beli goldbar 10 gram seketul kerana harganya mahal. Modal pun tak besar.

Nak simpan emas, ASB atau Tabung Haji? 🤔

Tetapi dengan kemudahan akaun emas GAP ini, kita boleh beli emas sikit demi sedikit sehingga cukup berat 10 gram kemudian buat pengeluaran ke bentuk goldbar fizikal dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Gold In Transit.

Selain itu, kita juga boleh guna kemudahan auto-debit yang membolehkan kita beli emas GAP setiap bulan secara automatik. Duit dari akaun bank akan ditolak pada setiap bulan dan ianya ditukarkan ke dalam bentuk emas.

Macam mana nak mula simpan emas Public Gold?

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu daftar akaun Public Gold secara percuma di sini, kemudian saya akan hantarkan panduan cara mulakan simpanan emas melalui WhatsApp.

Saya juga akan invite anda masuk ke dalam group WhatsApp di mana di dalamnya akan saya kongsikan lagi tips dan info tentang kenaikan atau penurunan harga emas semasa.

Nak mula daftar akaun Public Gold Sekarang? Klik pada butang daftar di bawah.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment