Kembali menjadi Pengedar Emas

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Pada tahun 2011, saya merupakan seorang pengedar emas untuk sebuah syarikat emas bumiputera. Tetapi sayangnya syarikat itu telah pun tutup dan tidak lagi beroperasi. Dan menyebabkan laman web ini juga terpaksa ditutup pada ketika itu.

Alhamdulillah, di tahun 2020 ketika dunia sedang dilanda wabak COVID-19, saya berpeluang untuk menjadi pengedar emas bagi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Public Gold.

Pada mulanya, saya hanyalah salah seorang pelanggan Public Gold. Tetapi selepas beberapa hari mendaftarkan diri sebagai pelanggan, terdapat satu promosi yang dijalankan oleh Public Gold kepada sesiapa yang ingin upgrade akaun mereka sebagai dealer. Apa yang pelanggan perlu lakukan hanya perlu beli produk emas Public Gold dan Wealth Card dan seterusnya akan dapat keistimewaan sebagai seorang dealer.

Saya terus menghubungi introducer saya bertanyakan proses pembelian dan proses upgrade akaun ini. Selepas membuat pembelian dan pengesahan pembayaran, akaun saya telah ditukar menjadi Public Gold Priority Dealer.

Dengan menjadi dealer, saya kini memperolehi insentif 1.5% bagi setiap pembelian emas yang saya buat. Selain daripada itu, saya juga dapat membantu rakan-rakan dan orang di sekeliling saya untuk membeli emas dengan mendaftarkan mereka sebagai pelanggan Public Gold. Dan mereka juga boleh terus dapat PG Code yang diperlukan untuk membuat pembelian yang biasanya memerlukan masa beberapa hari jika tidak berdaftar dengan dealer seperti saya.

Dengan kembalinya saya sebagai pengedar emas, saya membuka kembali laman web Pengedar Emas ini dengan 'muka buku' yang baharu. Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman, ilmu dan tips menyimpan dan pelaburan emas yang saya ada.

Semoga apa yang dikongsikan di laman web ini bermanfaat dan dapat menambah lebih ramai orang yang celik emas di Malaysia.

Fauzi Mohd Darus
Public Gold Master Dealer (PG00292269)
WhatsApp | Telegram

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment