Kenapa saya prefer Akaun Emas GAP?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Public Gold mempunyai dua jenis emas iaitu emas fizikal seperti goldbar dinar, dan satu lagi adalah akaun emas GAP.

Tetapi antara kedua-dua ini saya lebih prefer beli dan simpan akaun emas GAP.

Kenapa?

Ada lima sebab utama kenapa saya prefer beli akaun emas GAP Public Gold berbanding emas yang lain. Iaitu…

Pertama, akaun emas GAP boleh dibeli dengan harga serendah RM100. Jadi saya tak perlu rasa terbeban untuk beli emas. Sebab dengan RM100 pun, saya dah boleh beli emas yang berketulenan 999 melalui akaun emas GAP. Cumanya tak dapat la nak dapat 1 gram dengan RM100. Saya kena pelan-pelan beli dan kumpul untuk dapat 1 gram emas.

Yang kedua, tiada komitmen. Saya boleh beli anytime dan tak wajib pun beli setiap bulan (Ehem! Tapi sebenarnya lagi bagus kalau kita dapat konsisten beli emas setiap bulan). Ada duit, saya beli. Tak cukup duit, saya duduk tepi study chart emas untuk tahu bilakah masa yang terbaik untuk beli emas.

Yang ketiga, semua transaksi adalah online. Saya tak perlu pun pergi branch Public Gold untuk beli emas. Buka app Public Gold, tekan, tekan; bayar dan terus dapat emas tanpa perlu keluar rumah. Mudah kan?

Yang keempat, saya boleh keluarkan design goldbar dan dinar yang cantik-cantik dan menarik dari akaun emas GAP. Hanya perlu bayar je caj premium dan caj penghantaran yang dikenakan dan emas saya tu akan dihantar melalui Gold In Transit. Dan saya hanya perlu tunggu je emas saya tu dihantar ke rumah dengan senyuman.

Dan yang terakhir, akaun emas GAP ni telah disahkan patuh syariah. Dan saya boleh beli dan jual akaun emas GAP tanpa was-was. Beli dan simpan emas sampai cukup 85 gram, dan dah boleh bayar zakat simpanan emas. Mudah je kan?

So itulah lima sebab kenapa saya lebih prefer beli akaun emas GAP Public Gold berbanding emas yang lain.

Kalau anda setuju dengan artikel ini, cepat taip “Setuju” dalam ruangan komen di bawah. 😄

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

1 thought on “Kenapa saya prefer Akaun Emas GAP?”

Leave a Comment