Itu mungkin antara perkara yang anda fikirkan sebelum mengenali Public Gold. Lagi-lagi apabila terdapat banyaknya penipuan dengan pelbagai skim-skim pelaburan emas yang menipu orang ramai di Malaysia.
Public Gold adalah sebuah syarikat perniagaan emas yang sah berdaftar dan telah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Public Gold juga sudah mempunyai lebih 1,000,000 orang customer sejak ianya ditubuhkan.
Jika anda katakan Public Gold adalah penipu; Public Gold adalah scammer; mana mungkin Public Gold dapat terus bertahan dan beroperasi sehingga ke hari ini. Sehinggakan jumlah customer pun sudah melebihi 1 juta orang!
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada pun laporan dari customer yang mengatakan Public Gold menipu mereka. Semua yang beli emas dengan Public Gold akan dapat emas dari Public Gold.
Semua emas yang dikeluarkan oleh Public Gold akan mempunyai sijil ketulenan beserta dengan serial number. Dan emas Public Gold pula diterima oleh banyak syarikat ar-rahnu di seluruh Malaysia.
Bukan itu sahaja, Public Gold juga mempunyai lebih 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Singapura dan Indonesia. Takkan la sebuah syarikat “penipu” boleh buka banyak cawangan untuk “menipu” orang kan?
Jadi jika ada yang mengatakan Public Gold penipu dan scam customer, ianya adalah satu kata-kata yang sangat tidak berasas.
Sebelum melabur ingat formula TIPU
Formula TIPU ini dikongsikan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang mengawalselia pelaburan-pelaburan yang terdapat di Malaysia.
Berhati-hati jika pelaburan atau simpanan emas anda mempunyai ciri-ciri TIPU ini, iaitu:
T - Tidak akan rugi
I - Indah khabar dari rupa
P - Peluang hanya sekali
U - Untung besar
Setakat ini, Public Gold tidak pernah mempunyai keempat-empat ciri TIPU ini. Public Gold tidak pernah menjanjikan beli emas tidak akan rugi. Public Gold juga tidak indah khabar dari rupa. Memang beli emas, dapatlah emasnya.
Customer juga boleh beli emas Public Gold pada bila-bila masa. Bukan hanya sekali itu je peluang untuk beli emas. Dan akhir sekali, Public Gold tidak pernah menjanjikan untung yang besar apabila beli emas.
Macam mana nak elak ditipu dalam pembelian emas?
Itu pentingnya untuk anda dapatkan khidmat nasihat dari dealer Public Gold yang sah dan aktif. Kerana dealer Public Gold berperanan untuk bantu dan bimbing customer Public Gold dalam mengenali produk-produk emas Public Gold, cara beli dan jual emas mereka, serta bantu customer yang mempunyai masalah dalam berurusan dengan Public Gold.
Kalau anda berminat untuk mulakan simpanan emas Public Gold dan dapatkan bimbingan simpanan emas dari saya, boleh klik butang di bawah.
Saya merupakan dealer Public Gold sejak tahun 2020 dan mempunyai lebih dari 1,000 orang customer di bawah seliaan dan jagaan saya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu dan segan untuk WhatsApp dengan klik butang di hujung kanan screen anda.