Masih ramai yang keliru dan menganggap Public Gold adalah Public Bank. Sedangkan Public Gold dan Public Bank adalah dua entiti yang berbeza.
Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual beli emas sama seperti Habib, Poh Kong, Wah Chan, Emas Anuar dan sebagainya. Sedangkan Public Bank adalah syarikat perlesenan kewangan dan tidak (sepanjang pengetahuan saya) terlibat dalam urusniaga jual-beli emas.
Dengan Public Bank, anda hanya boleh simpan duit sahaja. Tetapi dengan Public Gold, anda boleh simpan duit serendah RM100 dalam bentuk yang berketulenan emas 999.
Saya ada kongsikan sebelum ini sebab kenapa Public Gold menjadi pilihan ramai orang untuk beli emas. Dan terkini, Public Gold mempunyai platform jual beli barang secara online yang dinamakan sebagai PG Mall.
Konsep PG Mall sama seperti Shopee, Lazada. Kita boleh beli pelbagai barang dan perkhidmatan seperti gajet elektronik, barang-barang harian, penginapan, dan banyak lagi.
Pendaftaran PG Mall adalah percuma. Dan anda boleh gunakan akaun Public Gold untuk login ke platform PG Mall dengan akaun yang sama.
Jika anda belum lagi mempunyai akaun Public Gold, boleh daftar akaun secara percuma di sini. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp saya.