Jangan panik apabila mendapati ada bintik merah atau red spot (atau red dot) yang kelihatan seperti karat pada emas anda.
Kehadiran red spot ini disebabkan oleh logam asing (seperti tembaga) yang terdapat di dalam emas ketika proses pengaloian emas. Apabila unsur tembaga ini terdedah pada udara, akan berlaku tindakbalas kimia dan menyebabkan warnanya berubah menjadi merah coklat seperti karat.
Kejadian red spot pada emas ini bukanlah bermaksud emas itu rosak dan juga tidak hanya berlaku pada emas tempatan. Kejadian red spot ini turut berlaku pada emas di luar negara seperti emas negara Canada dan emas-emas lain.
Apa yang perlu dibuat jika emas anda mempunyai red spot?
Cara yang mudah, biarkan sahaja kerana ianya tidak memberikan apa-apa kesan pada ketulenan emas anda.
Tetapi kalau anda mahu juga hilangkan red spot tersebut, boleh cuba cuci dengan air atau hantar emas anda ke kedai barang kemas yang menyediakan perkhidmatan mencuci emas.
Tetapi awas!
Jika emas tersebut dalam keadaan ‘seal’, elakkan dari membuka ‘seal’ tersebut kerana nilainya akan berkurangan yang sangat banyak kecuali emas Public Gold.
Public Gold hanya kenakan spread sebanyak 10% untuk emas yang dibuka ‘seal’nya. Tetapi ada jenama emas yang lain kenakan spread sebanyak 25% dan ada sesetengah bank pula yang langsung tidak mahu membeli semula emas mereka yang telah dibuka seal.
Jadi kalau boleh, cuba elak dari buka seal atau rujuk dulu dengan introducer atau syarikat emas anda untuk kepastian.
Tetapi adakah emas yang mempunyai red spot masih laku untuk dijual?
Ya! Emas yang mempunyai red spot tidak akan berkurang sedikit pun ketulenan emasnya dan ianya masih laku untuk dijual. Ianya masih tetap emas 999 walaupun emas itu mempunyai red spot.
Diharap terjawab sudah persoalan tentang red spot pada emas ini. Tak perlu risau kerana ianya masih emas dan masih laku jika ingin dijual semula.