5 perkara yang ramai orang salah faham tentang emas

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Nak beli emas tapi masih tak berapa faham tentang emas. Kalau faham pun, takut salah faham.

Jadi, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 5 perkara yang ramai orang salah faham tentang emas.

Tetapi perkara yang ke-5 tu yang ramai orang salah.

Dah sedia? Ok jom!

#1 - Emas hanya untuk orang kaya

Emas bukanlah hanya untuk orang kaya semata-mata. Malah kita yang marhaen ni pun mampu dan boleh beli emas jika kita tahu caranya.

Memang harga emas itu mahal, tetapi kita sebenarnya dapat beli emas sikit demi sedikit. Harga nak beli emas pun serendah RM100 je kalau beli dengan Public Gold.

Tapi dengan syarat, kena ada akaun Public Gold terlebih dahulu dan saya akan guide cara macam mana nak beli emas dengan harga RM100 ini.

Dan tahu tak yang kita juga boleh menyimpan emas untuk anak-anak seawal usia 7 hari?

Ha...itulah pentingnya kena ada orang yang dapat bantu dan guide kita tentang emas ni.

Pengasas Public Gold bersama dengan rantai emas seberat 1 kilogram

#2 - Emas hanya untuk wanita

Memang ya emas hanya untuk wanita tetapi emas tersebut adalah barang kemas.

Barang kemas yang diperbuat dari emas memang hanya untuk orang wanita. Orang lelaki tidak boleh memakai barang kemas. Walau bagaimanapun, ianya tidak menghalang orang lelaki untuk simpan emas.

Ada banyak pilihan emas yang boleh orang lelaki simpan seperti gold bar, dinar dan juga akaun emas. Kalau nak simpan barang kemas pun boleh, tak ada masalah.

Yang jadi masalah kalau orang lelaki memakai barang kemas.

#3 - Emas dijamin untung

Tidak ada satu pun pelaburan yang dijamin untung kecuali skim cepat kaya.

Harga emas turun dan naik setiap masa. Kalau kita beli pada harga puncak, dan kemudiannya tiba-tiba harga emas turun, memang sah-sah la kita rugi sebab kita tak tahu strategi yang terbaik dalam membeli emas.

Bukan itu sahaja, emas juga ada spread harga atau perbezaan harga jual beli.

Jadual harga emas Public Gold

Contoh kita ambil harga 1 dinar dari jadual harga di atas. Jadual ini anda juga boleh tengok di website rasmi Public Gold.

Let say hari ini anda beli 1 dinar dengan harga RM1,738 (PG Sell) dan tiba-tiba anda nak jual semula dengan Public Gold pada hari yang sama.

Public Gold akan beli dinar anda tadi dengan harga RM1,582. So dekat sini anda akan rugi sebab harga yang dibeli oleh Public Gold lebih rendah dari harga yang dijual.

So macam mana nak untung? Teruskan baca point saya yang berikutnya.

#4 - Emas berikan keuntungan yang cepat

Emas adalah simpanan atau pelaburan jangka masa panjang. Emas tak berikan keuntungan yang cepat.

Ianya berbeza dengan saham atau pun unit trust di mana kita boleh dapat keuntungan dalam masa singkat. Malah ada orang yang berjaya dapat keuntungan dalam masa beberapa minit apabila bermain saham.

Saya juga ada buat perbandingan yang mana lebih menguntungkan, samada simpan dalam ASB atau emas.

Prestasi harga emas dalam tempoh 20 tahun

Tetapi dalam artikel ini, saya nak kongsikan prestasi harga emas dalam tempoh 20 tahun yang saya ambil dari website goldprice.org.

Kenapa emas tak berikan keuntungan yang cepat kerana harga emas turun dan naik setiap masa. Tetapi dalam jangka masa panjang, harga emas akan naik dan kita boleh mendapat keuntungan dari kenaikan tersebut.

Dengan rujuk pada jadual di atas, kalau anda beli emas pada hari semalam, anda akan rugi sebabnya harga yang dibeli semalam lebih tinggi dari harga hari ini.

Tetapi kalau anda beli emas pada 1 tahun lepas, anda akan dapat keuntungan dari emas tersebut kerana nilai emas dah naik sebanyak 20%.

Bagaimana kalau anda ada beli emas pada 20 tahun yang lepas? Sekarang anda akan menikmati keuntungan sebanyak 585% jika dibandingkan dengan harga emas hari ini.

#5 - Emas berikan dividen dan bonus

Ini adalah point yang ramai orang salah faham tentang emas. Ramai yang menganggap emas akan berikan dividen atau bonus pada setiap tahun seperti mereka dapat dari ASB atau Tabung Haji.

Emas memang tidak berikan dividen mahupun bonus kerana emas mempunyai nilainya yang tersendiri.

Ambil contoh mudah.

Anda beli sebentuk cincin dan anda simpan cincin tersebut. Selepas cukup setahun, adakah anda dapat apa-apa dividen atau bonus dari cincin tadi?

Tak, bukan?

Begitulah juga dengan simpanan emas seperti gold bar, dinar mahupun akaun emas. Ianya tidak berikan apa-apa imbuhan dan bonus pun apabila kita menyimpannya.

Tetapi kita akan dapat keuntungan apabila menyimpan emas dalam jangka masa yang panjang, dan juga akan dapat melindungi duit kita dari inflasi dan susut nilai.

So macam mana? Dah lebih jelas mengenai pemahaman dalam emas?

Kalau anda ada sebarang pertanyaan, boleh hantarkan komen anda di bawah.

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment