Fauzi Mohd Darus
Star Master Dealer - Public Gold Malaysia yang membimbing lebih dari 1,000 orang penyimpan emas sejak tahun 2020.
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Nama saya Fauzi dan saya merupakan Master Dealer Public Gold. Saya mula menyimpan emas sejak tahun 2011 tetapi menjadi dealer Public Gold dalam tahun 2020 ketika kita masih dalam PKP disebabkan COVID-19.
Permulaan saya dalam Public Gold adalah sebagai Priority Dealer selepas membuat pembelian emas sebanyak RM5,000. Dan sejak dari itu, saya mula aktif dan berkongsi tentang kebaikan dalam menyimpan emas di media sosial dan juga di channel Telegram.
Selepas 4 bulan jadi Priority Dealer, saya telah berjaya mencapai Personal Sales sebanyak RM300,000 dan mempunyai seramai 300 orang direct customer, dan sekaligus melayakkan saya untuk jadi Master Dealer Public Gold.
Untuk pengetahuan anda, Master Dealer Public Gold adalah peringkat dealership yang tertinggi di mana ianya tidak boleh dibeli melainkan kena cukup syarat seperti yang saya nyatakan tadi iaitu RM300,000 Personal Sales dan 300 orang direct customer.
Alhamdulillah, kini saya telah mempunyai lebih 1,000 orang customer dan masih aktif membantu dan berkongsikan tips dalam menyimpan emas Public Gold.
Dalam Public Gold, saya ada bersama dengan keluarga PG1M, sebuah group dealership yang diasaskan oleh Tuan Syukor Hashim sendiri. Di dalam group ini ada ramai dealer-dealer hebat yang tidak lokek ilmu dan sentiasa kongsikan tips-tips mahal kepada ahli-ahli PG1M.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang emas Public Gold, boleh baca artikel Cara Simpan Emas Public Gold dan jika berminat nak tahu tentang dealership Public Gold, boleh baca artikel tentang Cara Jadi Dealer Public Gold.
Pencapaian Dalam Public Gold
Berikut adalah pencapaian saya sepanjang menjadi dealer Public Gold sejak tahun 2020.