Simpan Emas atau ASB? Mana lebih untung?

Photo of author

Fauzi Mohd Darus

Gambar: bharian.com.my

Baru-baru ini telah diumumkan dividen ASB untuk tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Dividen yang diberikan adalah sebanyak 5.75 sen seunit.

Dan setiap awal tahun, pejabat Pos Malaysia atau mana-mana cawangan bank akan penuh dengan pelabur-pelabur ASB. Sebab apa? Sebab mereka nak keluarkan duit dividen selepas setahun menyimpannya di dalam ASB.

Dividen ASB secara purata adalah sekitar 4 peratus (termasuk bonus). Jika di dalam akaun ASB kita ada sebanyak RM10,000, maka dividen yang akan kita perolehi adalah sekitar RM400. Banyakkan?

Ok bagaimana pula kalau kita simpan RM10,000 dalam ASB dan kita biarkan je simpanan itu “beranak” dan kita tak ambil pun dividen dalam tempoh 5 tahun. Berapakah jumlah keuntungan yang kita akan dapat?

Dengan menggunakan jadual kiraan di atas, duit simpanan dalam ASB kita akan bertambah menjadi RM12,293.72 iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus. Untung dividen ASB sebanyak RM2,293.72.

Menarik! Lagi lama kita simpan, lagi banyak yang kita dapat melalui simpaman ASB. Tetapi dengan syarat kita tak usik pun duit dividen setiap tahun dalam tempoh tersebut.

Ok jom kita tengok macam mana pula dengan keuntungan simpan di dalam emas.

Gambar: GoldPrice.org

Untung ke simpan emas?

Jadual di atas adalah prestasi harga emas. Jika tahun lepas kita beli emas, kenaikkan harga emas pada tahun ini adalah sekitar 25 peratus. Bermakna kalau kita beli emas dengan harga RM10,000, nilai emas tersebut kini meningkat menjadi RM12,500.

Banyakkan untung sampai 25 peratus?

Tetapi kena ingat, emas ada spread harga iaitu beza harga jual-beli. Kalau kita jual balik emas untuk dapatkan duit tunai, harga yang dibeli oleh syarikat atau kedai emas akan lebih rendah dari harga yang dijual. Perbezaan harga ini yang dikatakan sebagai spread harga emas.

Spread harga emas Public Gold adalah sekitar 6 hingga 9 peratus. So kalau kita nak jual emas kita tadi dengan Public Gold, keuntungan 25 peratus selepas ditolak dengan spread 9 peratus, yang tinggal hanyalah 16 peratus sahaja keuntungan yang kita akan dapat iaitu bersamaan dengan RM1,600.

Emas ada spread harga (perbezaan harga jual-beli)

Macam menarik kan? Tunggu sekejap. Macam mana kalau kita simpan emas untuk tempoh 5 tahun.

Kalau pada 5 tahun lepas, kita beli emas sebanyak RM10,000 dan dengan menggunakan jadual prestasi harga emas di atas, peningkatan harga emas meningkat melebihi 89 peratus dalam tempoh 5 tahun!

Selepas ditolak spread harga 9 peratus Public Gold, kita masih ada keuntungan sebanyak 84 peratus! Dan peratus keuntungan ini lebih tinggi berbanding dividen yang kita dapat dari ASB iaitu 23 peratus yang kita kira tadi.

Harga emas semakin naik dalam tempoh jangka masa panjang

Mana lebih bagus? Emas atau ASB?

Kedua-dua jenis simpanan ini ada kelebihan dan kekurangannya. Itu sebab saya selalu bagitahu yang emas adalah aset simpanan jangka masa panjang (5 tahun dan ke atas).

Sebab apa? Sebab dalam tempoh jangka masa panjang (long-term saving), simpanan emas lebih menguntungkan berbanding simpanan aset-aset yang lain seperti yang telah kita kirakan tadi.

Emas adalah long-term saving, ASB adalah mid-term saving

Manakala kalau simpan dalam ASB, ianya adalah lebih kepada simpanan jangka masa sederhana (mid-term saving) sebab keuntungan yang kita dapat lebih berbaloi dalam tempoh 1 hingga 5 tahun.

Kalau nak dapat keuntungan lebih dalam tempoh masa yang panjang, lebih baik simpan dalam emas. Kalau sekadar nak simpan sekejap, lebih baik simpan dalam ASB.

Boleh tak nak guna dividen ASB untuk beli emas?

Kenapa pula tak boleh? Mestilah boleh... 😂

Apabila kita simpan sebahagian duit dividen ASB ke dalam bentuk emas, kita dah mempelbagaikan bentuk simpanan duit kita.

Dan secara tak langsung, kita juga dah berjaya mengurangkan risiko dalam simpanan. Dan kita boleh dapat emas secara "percuma" kerana emas tersebut dibeli hasil dari keuntungan dividen yang kita simpan dalam ASB.

Dan kalau ada modal, kita boleh tambah sebahagian modal dalam ASB dan sebahagian lagi dalam simpanan emas.

Bila dapat dividen dari ASB nanti, kita guna lagi untuk beli emas. Dan proses ini berulang-ulang sampai kita berjaya kembangkan dua aset simpanan iaitu ASB dan juga emas.

Nak lagi tips simpanan emas, boleh follow channel Telegram saya di bawah.

  • 15 November 2023 - Artikel ini pertama kali diterbitkan
  • 15 Januari 2025 - Artikel dikemaskini dengan kiraan dividen 2024

Tips Simpanan Emas & Public Gold

Masukkan nama dan emel anda untuk saya hantarkan melalui emel.

Leave a Comment