Setiap ibubapa pasti mahu anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan. Dan kalau boleh, mahu anak-anak mereka berjaya belajar sampai ke menara gading.
Nak masuk universiti pun perlukan duit. Rezeki, kalau dapat biasiswa. Tetapi yang tak dapat biasiswa, terpaksa buat pinjaman.
Kalau tak nak meminjam, ibubapa boleh menyimpan duit untuk dana pendidikan anak-anak mereka bermula dari sekarang.
Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai kaedah dan skim simpanan untuk dana pendidikan anak-anak. Salah satunya adalah SSPN atau juga dikenali sebagai Skim Simpananan Pendidikan Nasional.
Tetapi antara simpan duit dalam SSPN atau emas, yang mana lebih berbaloi?
Seperti yang pernah saya share dalam artikel saya tentang nak simpan emas atau ASB, emas adalah long term saving. Begitu juga dengan SSPN, juga merupakan long term saving.
Kalau nak simpan dalam SSPN, boleh simpan sehingga RM8,000 setahun. Kenapa RM8,000? Sebab had pelepasan cukai bagi simpanan SSPN hanyalah sehingga RM8,000 sahaja.
Jadi kalau anda ingin simpan duit ke dalam SSPN, boleh simpan sehingga RM8,000 dan selebihnya simpan dalam bentuk emas.
Kenapa emas? Kerana keuntungan menyimpan emas secara long term lebih tinggi berbanding menyimpan dalam SSPN.
Secara purata, dalam tempoh 5 tahun ini dividen yang diberikan oleh SSPN adalah sebanyak 4%.
Dan jika ditolak dengan kadar inflasi negara kita iaitu sebanyak 2.5% maka hasil keuntungan akhir yang diperoleh hanyalah sekitar 1.5% sahaja.
Manakala untuk emas, purata peningkatan harga dalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak 15%. Dan jika ditolak dengan kadar inflasi 2.5% tadi, masih ada baki keuntungan sebanyak 12.25% setiap tahun.
Ini bermakna nilai emas yang disimpan setiap tahun lebih menguntungkan berbanding menyimpan di dalam SSPN. Lagi-lagi apabila disimpan untuk jangka masa panjang itu melebihi 2 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan simpanan dan pelaburan anda. Jangan meletakkan semuanya dalam satu instrumen sahaja.
Kita ada emas.
Kita ada ASB.
Kita ada Tabung Haji.
Dan kita ada SSPN.
Pelbagaikan simpanan dana pendidikan anak-anak anda dalam instrumen yang berbeza-beza. Sekurang-kurangnya anda akan dapat mengurangkan risiko dalam membuat simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang.
Nak mulakan simpanan dalam emas? WhatsApp saya di sini.